Ayu Raudhah Bersalin Anak Kelima, Kongsi Tangan ‘Baby Boy’… “Terima Kasih Atas Doa Kalian.”

Share

Tahniah diucapkan buat pelakon, Ayu Raudhah, 36, yang telah pun selamat menimang cahaya mata kelimanya pada Jumaat.

Perkongsian gembira itu dimuat naik menerusi Instastory.

“Alhamdulillah. Terima kasih atas doa dan ucapan kalian. Mommy dan baby boy sihat dan selamat,” tulisnya pada foto tangan comel bayi lelakinya itu.

Sementara itu, suaminya yang juga pemain bola sepak Negeri Sembilan, Zaquan Adha, 33, turut sama meluahkan rasa syukur.

“Alhamdulillah isteri saya sudah selamat melahirkan bayi lelaki,” tulisnya ringkas di Instastory.

Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2011.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan empat orang cahaya mata, Muhammad Aisy Qaiser, 8, Muhammad Aisy Aryann, 7, Laura Zuleykha, 4, dan Muhammad Aisy Khaliq, yang kini mencecah usia 2 tahun.

Foto: Instagram Ayu Raudhah

IKLAN