Ads

Ayu Damit Kongsi Momen Tunai Umrah ‘DIY’, Kos Hanya RM3,500 Seorang – “Jimat, Peluang Yang Bagus…”

Menjadi tetamu Allah di Tanah Suci Makkah sudah tentunya menjadi impian setiap umat Islam, namun tidak semua berpeluang menjadi tetamu Allah jika belum sampai ‘seru’, termasuk faktor kewangan yang sering menjadi kekangan utama.

Justeru, penyanyi Damit sudah melalui pengalaman menunaikan umrah secara Do It Yourself (DIY) bersama sahabatnya, usahawan pelancongan Datin Aisyah Ghazali, yang juga Pengurus Perhubungan Awam di Izz Ikhwan Travel Empire.

istilah Umrah ‘DIY’ bermaksud menunaikan ibadah umrah dengan menguruskan sendiri segala persiapan seperti tempahan tiket penerbangan, penginapan, visa, dan pengangkutan tanpa bantuan agensi pelancongan.

Kali pertama Ayu dan Aisyah menunaikan umrah DIY ialah tahun lalu adalah secara berkumpulan, memandangkan kosnya jauh lebih murah berbanding menggunakan khidmat ejen.

Ayu yang popular dengan lagu Hanya Di Mercu itu menjelaskan, kos umrah DIY hanya bermula sekitar RM3,500 seorang.

“Saya mula tahu tentang umrah DIY apabila Datin Aisyah menawarkannya pergi bersama kumpulan bawah Izz Ikhwan.

“Menunaikan umrah secara DIY adalah satu pengalaman berbeza berbanding mengikuti pakej agensi pelancongan yang mencecah paling minimum RM6,000 seorang.

“Bagi saya, umrah DIY ini satu peluang yang sangat bagus buat mereka yang tidak cukup wang tapi mahu menunaikan umrah.

Ads

“Iyalah, biasanya kita selalu dengar kekangan dari segi kewangan yang tak mencukupi untuk ke sana menjadi antara sebab yang tersebar impian untuk tunai umrah terpaksa  ditangguhkan.

“Jadi dengan adanya umrah DIY ini, ia menjadi peluang terbaik untuk kita sama-sama menjadi tetamu Allah kerana kosnya lebih rendah,” katanya ketika ditemui pada Anugerah Malam Gala Izz Ikhwan Travel Empire yang berlangsung di Mines Beach Resort, Seri Kembangan, Selangor, baru-baru ini.

 

Ayu Damit Kongsi Momen Tunai Umrah ‘DIY’, Kos Hanya RM3,500 Seorang – “Jimat, Peluang Yang Bagus…”

Ayu Damit Kongsi Momen Tunai Umrah ‘DIY’, Kos Hanya RM3,500 Seorang – “Jimat, Peluang Yang Bagus…” Ayu Damit Kongsi Momen Tunai Umrah ‘DIY’, Kos Hanya RM3,500 Seorang – “Jimat, Peluang Yang Bagus…”

Ads
Ayu Damit Kongsi Momen Tunai Umrah ‘DIY’, Kos Hanya RM3,500 Seorang – “Jimat, Peluang Yang Bagus…”
 
Ayu Damit Kongsi Momen Tunai Umrah ‘DIY’, Kos Hanya RM3,500 Seorang – “Jimat, Peluang Yang Bagus…”
 

Kelebihan & Persediaan Umrah DIY

Ayu yang bakal menunaikan umrah DIY sekali lagi pada November ini turut berkongsi kelebihan pendekatan tersebut.

“Antara perkara yang saya suka tentang umrah DIY ini adalah boleh merancang jadual sendiri. Masa lebih fleksibel membolehkan saya untuk melakukan lebih banyak ibadah sebab tak terikat dengan jadual.

“Selain itu, kos yang lebih jimat dari menggunakan agensi turut menarik minat saya. Mudah untuk saya memilih hotel dan restoran mengikut bajet yang saya ada,” jelasnya lagi.

Sementara itu, Datin Aisyah Ghazali atau lebih mesra disapa Asha pula menjelaskan, umrah DIY sebenarnya turut memerlukan persediaan rapi agar ibadah berjalan dengan lancar.

“Walaupun tanpa menggunakan agensi, anda yang mahu buat umrah DIY boleh membuat persiapan sendiri.

Ads

“Antaranya memastikan dokumen seperti pasport sah digunakan sekurang-kurangnya enam bulan, lengkapkan vaksinasi meningitis dan COVID-19 (jika masih diperlukan), serta dapatkan Sijil Vaksin Antarabangsa (ICV).

“Bukan itu sahaja, anda perlu dapatkan visa umrah atau visa pelancong secara digital melalui platform rasmi dan pilih syarikat penerbangan serta tempah tiket ke lapangan terbang Jeddah (JED) atau Madinah (MED) mengikut bajet anda.

“Persediaan lain yang perlu dibuat adalah seperti menyediakan pakaian yang sesuai dengan cuaca panas, bawa barangan peribadi penting seperti sandal, pelindung matahari, dan ubat-ubatan,” katanya.

Asha turut menambah, Izz Ikhwan Travel berperanan dalam membantu memberi panduan dan maklumat kepada semua kumpulan yang memilih untuk melakukan umrah DIY.

terdahulu dalam majlis Malam Gala Izz Ikhwan Travel Empire yang sama, seramai 50 ejen turut diraikan sempena ulang tahun ke-11 penubuhan syarikat tersebut sebagai tanda penghargaan terhadap mereka yang membantu lebih ramai umat Islam merealisasikan impian menjadi tetamu Allah dengan cara yang lebih mudah dan mampu milik.

Selain Ayu yang turut membuat persembahan menerusi beberapa buah lagu pada malam itu, persembahan rakan artis, Erry Putra dan segmen solidariti terhadap rakyat Palestine daripada para ejen turut mencuri tumpuan.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Dah Tukar Baju & OTW Nak Balik, Ernie Zakri Terimah Lebih...

Dengan undian lebih 120 juta, penyanyi Ernie Zakri dinobatkan sebagai bintang paling popular pada malam kemuncak Anugerqh Bintang Paling Popular ke-37 (ABP37) yang berlangsung di Primiera Hotel, Kuala Lumpur pada Jumaat.
error: Hello. Cannot.