Vokalis kumpulan Floor88, Ayie Elham akhirnya mendedahkan dia bakal menimang cahaya mata perempuan pada satu majlis ‘gender reveal’ yang diadakan pada malam Jumaat.
Turut kelihatan pada majlis itu ialah isteri Ayie, Tasha Awie yang kini sedang sarat hamil cahaya mata sulung pasangan tersebut.
Majlis yang diadakan secara tertutup itu dimeriahkan dengan kehadiran ahli keluarga kedua-dua belah pihak serta rakan baik pasangan berkenaan.
Ads
Menerusi perkongsian di Insta Story, Ayie atau nama sebenarnya, Nik Fadlee Elhamshah, 25, turut memaklumkan dia sudah membuka akaun Instagram untuk anak sulungnya dengan menggunakan nama @aetajunior.
Setakat ini, akaun tersebut sudah mengumpul lebih 3,000 pengikut sejak ia mula dibuka pada Jumaat.
Ads
Sebelum ini, Ayie mengakui sudah melakukan pemeriksaan jantina bayi namun masih samar-samar.
Sekadar informasi, Ayie mendirikan rumah tangga dengan Tasha Awie atau nama sebenarnya, Nur Natasha Ahmad Nawawi, 23, pada 21 Oktober tahun lalu.
Ads
Tasha dijangka bersalin pada Ogos atau September depan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Ayie Floor88
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Vokalis baru kumpulan, Search, Denden Gonjalez enggan terlalu memikirkan mengenai konflik yang melanda kumpulan tersebut sebaliknya dia mahu memberikan sepenuh tumpuan terhadap konsert Search Rocking On Rooftop yang bakal berlangsung pada 11 Jun depan.
Menurut Denden, dia harus membuat persediaan rapi memandangkan band tersebut bakal mempersembahkah lagu-lagu daripada album Rampage yang jarang dimainkan sebelum ini.
“Buat masa sekarang, saya tidak terlalu memikirkan memikirkan mengenai perkara lain. Fokus saya ketika ini adalah untuk memberikan persembahan terbaik pada hari konsert itu nanti.
“Memang tidak dinafikan, saya mengalami sedikit sekuran untuk menghafal lagu-lagu Search daripada album Rampage kerana lagu tersebut jarang dinyanyikan dan agak asing juga bagi saya.
“Lagu-lagu ini juga keynya agak tinggi tetapi saya sedang berusaha dan berkerja keras untuk berikan yang terbaik,” tulisnya.
Penyanyi asal Indonesia itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media Konsert Search Rocking On Rooftop yang berlangsung di ibu kota pada Jumaat.
Katanya lagi, meskipun dia mengagumi kehebatan Amy selaku vokalis asal, namun, Denden memaklumkan dia akan tetap menjadi dirinya sendiri sepanjang bersama kumpulan Search.
“Abang Amy sememangnya menyampaikan lagu-lagu Search dengan sangat baik. Saya mengidolakan Abang Amy sejak saya masih kecil. Sangat susah bagi saya untuk menyamai tahap dia.
“Bagaimanapun, saya akan tetap menjadi diri saya sendiri. Saya mahu para peminat menerima saya kerana diri saya sendiri dan bukan dengan sesuatu yang dibuat-buat,” ujarnya lagi.
Ketika ditanya mengenai perasaannya apabila terpaksa berjauhan dengan keluarga, bapa kepada tiga orang cahaya mata ini mendedahkan situasi ini sudah menjadi kebiasaan buat isteri serta anak-anaknya.
“Keluarga saya sebenarnya sudah terbiasa berjauhan dengan saya dalam jangka masa yang agak lama. Saya juga banyak membuat persembahan di luar negara.
“Jika ingin dibandingkan, saya di Malaysia baru sebulan tetapi saya pernah berjauhan dengan keluarga selama enam bulan untuk mengikuti pertandingan nyanyian di Bulgaria,” akhirinya.
Denden bakal membuat penampilan sulung bersama kumpulan Search yang turut dianggotai Noordin (gitar), Kid (gitar), Yan (bass) dan Minn (dram) pada konsert yang bakal berlangsung di bumbung Kompleks Campbell, Jalan Dang Wangi, Kuala Lumpur.
Konsert itu juga bakal diserikan lagi dengan persembahan jemputan daripada ratu rock negara, Ella.
Tiket boleh dibeli di Search Rock Station, Kompleks Campbell manakala untuk pembelian dalam talian pula adalah menerusi laman web rasmi mereka.
Tiket dijual bermula pada harga RM88, RM198 dan RM298. Bagaimanapun, tiket berharga RM88 sudah habis dijual.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Search & Amy Search
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Eya Hazali selamat menyambut kelahiran anak keduanya, pada 29 April lalu.
Menurut Eyra, baru lelaki berkenan dilahirkan kira-kira jam 6.18 petang dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan.
Berita gembira itu dikongsikankanya menerusi Instagram.
“Alhamdulillah syukur. Hero kedua kami lahir pada hari Jumaat, 29/4/2022, pukul 6.18 petang. Terima kasih kepada semua yang mendoakan,” tulisnya ringkas.
Sementara itu meninjau ke ruangan komen, para peminat dan rakan selebriti turut menitipkan ucapan tahniah apatah lagi apabila permata hatinya itu dilahirkan menjelang Syawal.
Pelakon Miera Leyana buat pertama kali berkongsi wajah puteri sulungnya kepada umum, selepas genap setahun usia pertama hatinya itu.
Menerusi Instagram, ia dimuat naik bintang berusia 29 tahun itu bersempena meraikan sambutan ulang tahun pertama anak perempuan yang diberi nama Rachel Aisyah yang dilahirkan pada 16 Mei tahun lalu.
“Hey little queen, you are not an ordinary girl. You are born with the most divine blessings of Allah.
“I know one day you will make us proud and We will be the first one to clap for all your achievements and laurels. Happy 1st Birthday Rachel Aisyah,” tulisnya yang disertakan dengan hashtag #firstphotoshoot.
Menerusi hantaran seterusnya, pelakon drama Memori Cinta Suraya itu turut berkongsi momen indah sekitar majlis keraian.
Meninjau ke ruangan komen, peminat dan rakan selebriti turut mengucapkan selamat hari jadi buat si kecil selain menitipkan doa yang baik- baik buat Miera seisi keluarga.
Miera berkahwin dengan suaminya, Rosland yang merupakan seorang usahawan pada 26 Julai 2020 di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.
Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan pihak berkuasa selepas dipercayai menjadi dalang di sebalik kebocoran filem animasi yang belum ditayangkan, The Legend of Aang: The Last Airbender yang juga karya terbaharu dalam francais popular, Avatar.