Berita

Ayda Jebat Selamat Bersalin Anak Kedua, Tahniah!

Share

Penyanyi dan pelakon popular, Ayda Jebat selamat bersalin anak keduanya, pagi tadi.

Berita gembira itu dikongsikan bintang drama Bukan Gadis Biasa itu menerusi hantaran terkininya di Instagram.

Perkongsian sama turut dilakukan suami Ayda, Nabil Mahir.

“Alhamdulillah lahirnya putera kami pagi tadi. Syukur segalanya dipermudahkan. Terima kasih atas semua doa kalian.

“12.12.2023…(Takde sale, dah tanya dah hihu). Sekarang Mommy and Dadaa tengah back to Zombi world,” tulisnya menerusi kapsyen.

Perkongsian tersebut pantas menjadi sorotan warganet dan rata-ratanya menitipkan ucapan tahniah buat pasangan selebriti ini.

Untuk rekod, Ayda dan Nabil mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021 dan melahirkan anak pertamanya, Ana Nayla yang berusia dua tahun, pada 21 September tahun sama.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

IKLAN