Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat mengumumkan yang dirinya kini hamil empat bulan bersempena dengan keberkatan malam Nuzul Quran.
Berita gembira itu dimaklumkan Ayda atau nama sebenarnya, Nur Suhada Jebat, 29, pada majlis Iftar Bersama Ayda Jebat yang berlangsung di Hotel Majestic, Kuala Lumpur, pada Rabu.
Penyanyi lagu Parah Parah itu berkata, dia bersyukur atas rezeki yang dikurniakan.
Ads
“InsyaAllah, saya dijangka bersalin Oktober depan. Mohon semua mendoakan yang baik-baik. Majlis hari ini saya undang rakan media, klien serta sahabat terdekat untuk berkongsi berita gembira ini.
Ads
“Bukan tidak mahu dedahkan pada peringkat awalnya, tetapi saya dan suami sepakat untuk beritahu ketika usia kandungan memasuki bulan keempat.
Ads
“Terima kasih buat semua yang memahami. Semoga semuanya dipermudahkan, insyaAllah” katanya.
Ayda mendirikan rumah tangga dengan pasangannya, pengacara Nabil Mahir pada 1 Januari lalu selepas mengadakan majlis pertunangan atas talian pada 28 April tahun sebelumnya kerana terikat dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sebagai jaminan masa depan, penyanyi rap terkenal MK K-Clique kini muncul dengan jenama pakaian ‘street wear’ yang dikenali sebagai Threeotwo (302).
Diilhamkan oleh dirinya sendiri bersama bantuan ‘skuad’ kreatifnya, MK atau nama sebenarnya, Muhammad Hairi Amin, 25, menyimpan hasrat semoga jenama yang baru diusahakan ini menjadi satu ‘branding’ yang besar di peringkat serantau.
“Perkataan ‘threeotwo’ itu membawa maksud hukuman gantung sampai mati. Perkataan ini juga menjadi tanda dagang saya kerana sering saya sebutkan dalam lagu rap yang dihasilkan.
“Kiranya dalam rap, saya seperti seorang yang menjatuhkan hukum. Memandangkan perkataan tersebut sinonim dengan saya malah peminat pun sudah sedia maklum, jadi saya gunakan ia untuk jenama bisnes sulung saya ini. Lebih mudah untuk diingati,” katanya kepada MH.
Ditanya sejauhmana keterujaannya di dalam mengusahakan jenama pakaian tersendiri ini, bintang asal Tawau, Sabah ini mengakui dia ingin berkongsi citarasa di dalam fesyen dan gaya hariannya bersama peminat.
“Sebelum ini mungkin ada yang kenali saya menerusi lagu sahaja. Jadi kini masanya tepat untuk saya kongsikan perihal gaya kegemaran pula.
“Malah saya sendiri tidak sangka bila kebanyakannya teruja dan tidak sabar untuk menantikannya sebaik saya memberitahu akan mengeluarkan pakaian atas jenama sendiri.
“Jangan risau kerana harganya mampu milik dan sesuai. Saya faham peminat saya terdiri daripada pelbagai golongan. Mereka yang berminat boleh mendapatkan menerusi www.threeotwo.com atau menerus instagram.
Selain berkongsikan perkembangan terbarunya itu, MK turut ditanya mengenai penglibatan bersama jemaah tabligh baru-baru ini sehingga mencetuskan pelbagai spekulasi ramai.
Tegasnya, pembabitan bersama golongan itu bukanlah untuk berhijrah secara drastik seperti yang disangkakan. Sebaliknya dia memilih untuk ‘keluar’ untuk cari ilmu dunia akhirat.
“Saya sertainya untuk mencari keseimbangan. Ia juga sebagai antara cara saya untuk insafi diri selain mahu menjadi insan yang lebih baik berbanding sebelum ini.
“Kata orang, kalau nak berubah, kita sendiri perlulah usaha dan inilah cara yang saya lakukan. Alhamdulillah, setakat ini semua baik-baik saja,” katanya.
Dia pada masa sama turut menjawab persoalan mengenai kecaman yang diterima kerana masih berani untuk tayang badan di media sosial.
“Saya manusia biasa, tidaklah sempurna dan apa yang terpapar menerusi IG itu merupakan karektor diri. Bahkan, saya pun masih mencari rezeki termasuk di media sosial.
“Cuma kalau nak kaitkan ia dengan aktiviti keagamaan yang saya sertai tempoh hari, ia macam tak adil.
“Saya nak tegaskan di sini, saya tidaklah berubah serta-merta, cuma sedang cuba jadi Muslim yang lebih baik selain nak cari bekalan akhirat. Nak puaskan hati semua memang saya tidak mampu,” katanya lagi.
Foto: MK K-Clique
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Usahawan Datuk Seri Aliff Syukri mengakui sedang cuba menjadi individu yang lebih baik seiring dengan kematangan usianya.
Malah dia kini memilih untuk kerap isi masa bersama keluarga berbanding mengejar konten di media sosial.
Jelas Aliff, kesedaran tersebut mulai timbul apabila anak-anaknya kini meningkat dewasa selain galakan isteri, Datin Seri Noor Shahida yang turut mempengaruhi perubahan berkenaan.
“Saya berazam untuk jadi individu yang lebih matang. Saya pun dah semakin tua dan anak-anak makin meningkat remaja. Mereka sudah pandai untuk nilai dan baca komen netizen mengenai saya.
“Selain itu, saya cuba berubah kerana isteri juga. Dialah yang menjadi ‘cikgu disiplin’ dan mengajar saya. Pada tahun ini saya bertaubat, sudah tak nak riak.
“Sebenarnya saya merasakan bila kita hidup tanpa kontroversi ni lagi seronok. Malah saya dah lama saya nak jadi begini, cuma orang lain yang asyik mencari salah saya. Ada saja yang tidak kena. Saya teruja nak jadi Aliff Syukri yang baru.
“Bila saya berubah, dia lebih baik melayani saya dan lebih romantik. Dulu tak ada dia nak cakap ‘darling’ dekat saya. Kami ni pasangan yang kontra jadi kami melihat situasi tersebut dalam sisi yang baik,” katanya kepada MH.
Sementara itu, Shahida menyambut baik perubahan tersebut dan akui suaminya sedaya upaya untuk menjadi ketua keluarga yang lebih baik daripada sebelumnya.
“Saya gembira dan alhamdulillah. Saya bersyukur bila kata nak berubah. Dia pun tidak lagi terlalu beriya-iya untuk buat konten di media sosial dan banyak lebihkan masa bersama keluarga.
“Memang dia cuba bersungguh-sungguh… banyaklah perubahannya itu,” kata Shahida.
Aliff pada masa sama akui pada fasa sekarang, dia perlu memilih di antara wang ringgit atau maruah serta keluarga.
“Dulu bila saya lakukan program di YouTube, saya pernah dapat bayaran kira-kira RM100,000. Cuma pada ketika ini, saya kena pilihan antara duit atau kematangan.
“Kita mungkin akan dapat duit, tapi kita akan hilang keluarga, darjat dan akan buatkan kita nampak murah. Mana satu yang saya nak? Sejak itulah, saya fikir diri ni sudah tua, umur 34 tahun.
“Anak saya pun dah nak sama tinggi dengan saya. Kadang-kadang bila hantar anak ke sekolah, ada rakan dia yang beritahu mereka nampak saya di media sosial. Sedikit sebanyak buat saya terfikir mengenai komen yang mengecam dan sebagainya.
“Boleh dikatakan fasa ini berlaku secara semula jadi. Bahkan bila bapa kandung meninggal dunia, saya ada terfikir ‘kalau aku mati esok, adakah aku akan tinggalkan video yang tak baik atau tak bagi manfaat pada orang? Saya taklah kata saya ni malaikat, cuma saya cuba nak jadi lebih baik,” katanya lagi.
Aliff yang pernah muncul menerusi single, Cuba Bahagia itu berkata demikian ketika ditemui di majlis Pameran Pra-Pelancaran Gintel S7 SuperChaiR, di Sunway Pyramid, baru-baru ini.
Dalam majlis itu, dia turut diperkenalkan sebagai E-Ambassador untuk produk terbabit. Turut sama meraikan pelancaran terbabit ialah Pengarah Kumpulan Pengurusan Gintell, Dato’ Goh Cheh Yak.
“Saya rasa gembira. Teruja juga pada masa sama, sebab ingatkan bila ada kontroversi ni mungkin dah tak laku. Tapi ada juga rezeki, syukur alhamdulillah.
“Sejujurnya saya memang pengguna Gintell dan kisahnya ada sebelum ini ada buat ‘live’ di Instagram, menyatakan saya sedang berurut dengan ‘kerusi’ jenama berkenaan sehinggalah pihak mereka menghubungi saya secara ‘direct mesagge’.
“Daripada situlah proses tawaran itu berlaku. Saya menjadi duta selama setahun dan antara komitmen yang saya perlu lakukan setakat ini ialah melakukan promosi di media sosial selain menghadiri majlis yang dianjurkan mereka,” katanya lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengacara dan penyampai radio, Radin Era tidak dapat menahan rasa sebak sewaktu menziarahi pusara ibunya, Allahyarham Feridah Hashim pada Ahad.
Jelas Radin atau nama sebenarnya Radin Amir Affendy, kepulangannya ke kampung halaman pada kali ini disifatkan amat berbeza kerana dia tidak berpeluang lagi untuk merasai air tangan ibunya lagi.
“Kalau dulu selepas pemergian arwah ayah since 2010, arwah mama lah tempat aku berpaut, bergantung, berharap waima apa masalah sekalipun.
“Tak pernah sekali pun keluar dari ucapan arwah penat, jemu dan letih bila dengar keluhan aku selama ini. Satu-satunya wanita yang boleh terima buruk baik aku..
“Setiap kali balik kampung, arwah wajib akan masak lauk favourite aku walaupun arwah tak larat.. Cukuplah sekadar nasi panas berlauk kan ikan masin. Yang penting air tangan.
“Setiap bulan bila gaji masuk, arwahlah orang pertama aku akan kongsi rezeki. Paling penting, duit ubat arwah. Setiap hari akan call/FaceTime even borak pasal pokok bunga,” tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan oleh pengacara program Media Hiburan Throwback itu menerusi ruangan Instagram miliknya.
Dalam pada itu, Radin turut mengimbau kembali momen-momen ketika menyambut Radan sewaktu ibunya masih lagi ada di sisi.
“Setiap kali masuk Ramadan, arwah lah yang akan kejutkan sahur, ingatkan pasal mengaji, tanyakan berbuka apa harini. Remind kan pasal terawih dan bayar zakat. Tahun ni, esok dah masuk Ramadan, aku Rindu arwah sangat-sangat..
“Anak mana yang tak rindukan bidadari yang bawak aku ke dunia. 18/2/2021 adalah hari paling sedih seumur hidup selama ini. Tuhan sahaja yang tahu apa yang aku rasa. Rindu hati ni Allah je tempat aku bergantung harap.
“Ya Allah Ya Tuhan, masukkan ibu bapa ku ke dalam syurga tanpa dihisab.. Halalkan mereka untuk mencium syurga mu, haramkan mereka daripada dijilat api neraka jahanammu Ya Allah.
“Damailah mama, disana. Dari seorang anak yang sentiasa merindui Mama..
Salam Ramadan, al-fatihah Mama,” katanya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis memberikan kata-kata semangat selain turut mendoakan semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.
Sekadar info, sebelum menziarahi pusara ibunya, Radin telah pun menjalani sesi pengambaran untuk sebuah program tv di sebuah tempat peranginan di negeri Perak.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Shiha Zikir sekali lagi memeriahkan sambutan Aidilfitri tahun ini apabila tampil dengan lagu raya terbaharu berjudul Memori Raya.
Lagu tersebut merupakan hasil kolaborasi antara...