Penyanyi dan pelakon terkenal, Ayda Jebat berterima kasih atas hadiah yang diberikan suami, Nabil Mahir bersempena dengan ulang tahun kelahirannya yang ke-31 Mac depan.
Nabil membelikan tiket untuk sama-sama menonton konsert BlackPink yang dijadualkan berlangsung di Kuala Lumpur, 4 Mac 2023.
“We’re going to BlackPink! Birthday present awal Ayda Jebat,” tulis Nabil di Insta Stories lalu dibalas kembali isterinya itu.
Maestro muzik, Datuk Ramli MS menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-64 pada Khamis dan isterinya, penyanyi Datin Alyah ada berkongsikan detik-detik jam 12 tengah malam bagi menyambut hari istimewa suaminya itu.
Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Alyah atau nama sebenar, Noor Hasliah Abu Hasan, 41, ada memuat naik video menunjukkan gelagat Ramli atau lebih mesra dipanggil Tok Ram yang sedang sibuk bermain snuker sebelum menantikan hari baharu bagi menyambut ulang tahunnya itu.
“Happy birthday @tokram_ramlims.
“Semoga sentiasa berada dibawah perlindungan Allah SWT dunia dan akhirat.
“Tahun ni tak ada surprise-surprise. Konsep terus-terang sahaja katanya… Bila ditanya apa tu? I pun jawab kek.
“Hari jadi you nanti malam, makan dengan kawan ya,” tulis Alyah di ruangan kapsyen.
Dalam entri tersebut, Alyah turut memuat naik ucapan romantis buat suaminya yang disifatkan telah banyak mengajarnya tentang erti kehidupan serta menjadi manusia yang lebih baik.
“Allah berikan kamu untuk aku belajar mengenal Allah. Allah berikan kamu untuk aku tahu apa itu sabar.
“Allah masih berikan aku bersama kamu untuk aku ketahui bahawa aku juga manusia biasa, bila-bila saja mampu lakukan kekhilafan.
“Allah Maha Hebat, diberikan pelbagai rasa dalam rumah tangga ini untuk aku tahu siapa yang terbaik buatku. I sayang you nie (honey),” titip Alyah.
Penyanyi lagu Kisah Hati itu mendirikan rumah tangga dengan juri program Gegar Vaganza itu dalam sebuah majlis secara tertutup di Indonesia pada 18 Mac 2013.
Alyah turut memuat naik video kandidnya di Insta Stories.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Datin Alyah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), kesemua parti politik yang bertanding kini sedang giat menjalankan kempen-kempen bagi memenangi hati pengundi di kawasan masing-masing.
Segala tindak tanduk mereka ketika ini sedang dinilai oleh rakyat bagi menentukan pemimpin mana yang benar-benar layak memimpin mereka untuk tempoh lima tahun yang akan datang.
Bagi pelakon dan pengacara, Fizo Omar pula, dia berharap agar PRU kali ini dapat menjadi medan buat para pemimpin untuk bersaingan secara sihat dan bukan hanya memberikan janji-janji kosong semata-mata.
“Bersemut di sosial media sehari dua ni. Macam-macam janji dan gula-gula yang dijanjikan bila tiba Pilihan Raya Umum ini.
“Tidak lari juga dari fitnah dan tikam menikam antara satu sama lain. Kami sebagai rakyat mengharapkan persaingan yang sihat dan contoh yang baik daripada pemimpin kami,” tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon filem Romeo Kota itu menerusi hantaran terkini di laman Instagram.
Malah, Fizo turut menyuarakan harapan agar sesiapa sahaja yang memenangi PRU15 nanti akan menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan sebaik mungkin.
“Tidaklah tuju kepada mana-mana pihak, tapi harapan kami sebagai rakyat supaya bukan sahaja janji manis tapi yg penting adalah perlaksanaan apabila dipilih dan diberikan kuasa.
“Gelaran Yang Berhormat adalah sepatutnya dihormati dengan jasa dan tugasan yg dilaksanakan. Earn our respect by your action! Selamat berkempen dgn cara yang sihat,” ujarnya lagi.
Di ruangan komen, rata-rata netizen menyuarakan pandangan yang sama selain turut berharap agar suara-suara rakyat ini akan terus didengari oleh para pemimpin meskipun selepas PRU ke-15.
“Alhamdulillah. Terima kasih atas suara tuan bagi pihak rakyat marhean.
“Harapnya sesiapa yang terpilih, berkerjalah dengan jujur dan amanah.
“Betul sangat Abe Jo. Janji kena tunaikan.
“Kami sokong sangat dengan kenyataan kamu,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Terdahulu, hampir ke semua parti dilihat sudah pun mengumumkan calon-calon yang akan bertanding pada PRU ke-15.
PRU ke-15 akan berlangsung pada 19 November ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Fizo Omar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengacara dan penyampai radio popular Sharifah Shahira, memanjatkan rasa syukur apabila anak lelakinya, Airell Zulkifly, 18, terselamat dalam kemalangan membabitkan bas ekspres dengan treler di Kilometer 179, Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah utara di Jasin, Melaka, awal pagi semalam.
Menurut Shahira, pada mulanya, anaknya itu enggan menceritakan mengenai kejadian sebenar sebaliknya hanya memberitahu bas yang dinaikinya itu telah rosak.
“Anak aku dalam bas ni pagi tadi. Alhamdullillah okay dah ada dekat rumah. Dia tak nak cakap dia kata bas rosak
“Nasib dia duk blakang. Mak tak henti doa untuk anak-anak. Allahuakbar. Dekat Jasin.
Perkhabaran tersebut dimaklumkan sendiri oleh penyampai radio Suria FM itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Menerusi perkongsian di Instagram stories pula, Shahira turut berkongsi keadaan terkini anaknya yang telah mengalami beberapa kecederaan ringan dalam insiden kemalangan tersebut.
“Di dahi dan hidung ada kesan calar. Mulanya dia kata ia hanya jerawat sahaja. Gigi di bahagian bawah pula ada patah sikit. Kaki pun luka sikit.
“Nasib baik la dia duduk belakang. Yang lain-lain semuanya okay,” katanya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti akui terkejut dan turut bersyukur segalanya baik-baik sahaja buat anak lelaki Shahira itu.
“Allahuakbar, Alhamdulillah semuanya selamat.
“Allahuakbar. Mujur tiada apa-apa. Allah lindung dari kecelakaan.
“Kecut peruk membacanya. Semoga kita dijauhkan daripada perkara macam ni.
“Semoga sentiasa dalam lindungan Allah.
“Syukur selamat semuanya. Perkara yang mak-mak takutkan,” antara komen-komen di Instagram.
Terdahulu, memetik laporan Sinar Harian, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jasin Bestari, Pegawai Bomba Kanan II Azman Md Dawam berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.57 pagi dan seramai 17 pegawai serta anggota daripada BBP Jasin Bestari dan Tangkak digegaskan ke lokasi.
“Sejurus tiba di tempat kejadian, anggota bomba mendapati sebuah bas ekspres membawa 27 penumpang telah melanggar sebuah treler membawa muatan barangan kitar semula.
“Kesemua mangsa yang cedera diberi rawatan awal dan dihantar ke hospital menaiki ambulans dan EMRS untuk menerima rawatan selanjutnya,” katanya.
Beliau berkata, operasi tamat pada jam 5.20 pagi tadi (Ahad).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Sharifah Shahira, Sinar Harian.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...