Pelakon Ayda Jebat mengajak peminat filem supaya menonton filem Jibam di panggung berhampiran bagi mengelak dari tayang filem tersebut berkemungkinan ditarik atau dikurangkan tempoh tayangan.
Tindakan penyanyi lagu Mata itu mendapat pujian netizen kerana filem sulung lakonannya Pinjamkan Hatiku juga sedang ditayangkan.
“Bagi saya ini adalah tanda sokongan dan apa salahnya jika kita saling menyokong antara satu sama lain.
Ayda Jebat Ajak Peminat Tonton Jibam, Sudi Berlakon Dengan Buntat
“Niat saya satu agar filem tempatan mendapat sokongan penonton di negara ini,” katanya optimis.
Dia juga tidak menganggap tindakannya itu mengganggu perjalanan filem lakonannya bersama Shaheizy Sam dan Farid Kamil yang rancak ditayangkan. Ayda berkata, dia percaya rezeki ditangan Allah dan tidak salah saling membantu sesama anak seni lokal.
“Saya sedar betapa perit dan sukar untuk melahirkan sesebuah filem. Pelbagai perkara diperlukan khasnya daripada soal modal, wang ringgit, tenaga dan sebangainya.
“Pastinya produksi akan rasa ralat andai karya tidak ditonton atau ada pihak yang mengkhinati usaha yang dilakukan seperti curi rakam,” luahnya lagi.
Selain mengajak orang ramai menonton filem Jibam, Ayda turut menyambut baik impian pelakon kanak-kanak filem itu, adik Arif atau Buntat yang mahu berlakon bersamanya.
Kongsi Ayda, jika ada rezeki dia bersedia berlakon dengan pelakon kanak-kanak berbakat itu.
“Adik Buntat ada beritahu mahu berlakon dengan saya, Insya-Allah satu hari nanti,” kata Ayda kepada MH.
Ayda Jebat Ajak Peminat Tonton Jibam, Sudi Berlakon Dengan Buntat
Terdahulu, filem Pinjamkan Hatiku juga mencipta sukses tersendiri apabila berjaya mengutip RM2.5 juta selepas 12 hari tayangan.

 

IKLAN
IKLAN
IKLAN
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI