Berita

“Ayat Mereka Sama, Dah Tak Lut…,” – Ira Kazar Sudah Kalis Kecaman, Syukur Dapat Bantu Keluarga Saat Bapa Kena Tempias Kontroversi

Share

Walaupun sudah hampir dua tahun berpisah dengan bekas suami yang juga pengarah, Syamsul Yusof, pempengaruh Ira Kazar mendedahkan dirinya masih menerima kecaman daripada netizen di media sosial sehingga hari ini.

Namun begitu, Ira memaklumkan dia kini sudah semakin kebal dengan kata-kata tersebut sehingga jarang untuk rasa tersinggung.

“Saya masih lagi menerima kecaman di media sosial sehingga saat ini. Kini, saya merasakan diri saya sudah lali dan terbiasa. Kebanyakkan ayat mereka sama sahaja dan tidat lut untuk saya.

“Kadang-kala, ada juga hari yang mood kita tidak berapa baik. Bila terbaca komen-komen sebegitu, jadi terasa juga. Saya ambil pendekatan untuk abaikan sahaja dan buat hal lain.

“Saya akan banyak luangkan masa dengan keluarga terutamanya anak buah,” katanya kepada MH.

Anak kepada pelakon, Kazar Saisi itu berkata demikian ketika ditemui di majlis rumah terbuka anjuran All Star Influencer Award (ASIA), baru-baru ini.

Tambahnya lagi, dia tidak mampu mengawal tindakan netizen, termasuk situasi apabila mereka saling berbalah di ruangan komen.

“Saya tak koyak tapi ada kalanya, orang lain pula yang koyak. Mereka sampai bergaduh-gaduh di ruangan komen. Yang tolong pertahankan saya pun ada juga.

“Malah, mereka pula yang kena lebih teruk. Mungkin mereka marah kerana ada yang nak back up penyondol. Mereka macam tak move. Tak tahulah siapa sebenarnya yang berkahwin ini,” ulasnya lagi.

Kekuatan Dari Keluarga

Ditanya mengenai kekuatan untuk berdepan kecaman, Ira mengakui dia banyak bergantung kepada didikan ibu bapanya yang sentiasa menekankan kepercayaan kepada takdir Allah SWT.

“Alhamdulillah, mungkin ini pendedahan yang banyak ditunjukkan oleh ayah dan ibu sejak di rumah. Mereka ajar saya untuk meletakkan kepercayaan itu lebih tinggi kepada Tuhan berbanding nak fikir apa orang luar cakap.

“Kita di dalam keluarga ini yang tahu dan hadap apa yang berlaku. Pada saya, ini lebih penting. Saya bercakap bukan untuk diri sendiri sahaja tapi buat keluarga lain juga.

“Biarlah apa orang nak kata, kalau keluarga kita kuat, kita semua akan jadi kuat juga,” katanya lagi.

Dalam masa sama, Ira turut meluahkan rasa syukur apabila berpeluang membantu keluarganya dari segi kewangan, khususnya ketika bapanya turut terkesan akibat kontroversi yang melibatkan dirinya.

“Alhamdulillah, tawaran berlakon ayah sudah kembali seperti dahulu. Sebelum ini, dia juga agak terkesan. Lama juga dia kena menghilang.

“Namun, saya sangat bersyukur kerana dalam masa ayah tiada tawaran berlakon, saya pula dapat banyak tawaran kerja.

“Alhamdulillah, saya dapat juga tolong keluarga. Itulah perkara yang paling saya tak sangka,” akhirinya.

Sebagai rekod, Ira pernah mendirikan rumah tangga dengan Syamsul pada 6 Januari 2023 di Selatan Thailand sebelum mendaftarkan perkahwinan mereka di Perlis pada 20 Januari tahun yang sama.

Bagaimanapun, hubungan tersebut tidak berkekalan apabila mereka sah bercerai pada 5 September 2024.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

Published by
Aizam Manaf