“Ayah Pun Rindu…,” – Isteri Jalani Tempoh Kuarantin Selepas Balik Sabah, Kelibat Anak-Anak Buat Shuk Luah Rasa

Share

Pelawak dan penyampai radio, Shuk Sahar ada berkongsi satu rakaman video yang merakamkan dia sedang melawat anak dan isterinya yang menjalani tempoh kuarantin di rumah.

Di samping itu, Shuk turut meluahkan rasa rindu terhadap kedua-dua anak serta isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah.

Difahamkan, isteri dan anak-anaknya perlu menjalani tempoh kuarantin 14 hari selapas pulang dari Sabah.

“Ayah, ain nak sayang ayah..pegang tangan ain ni”

“Ayah pun rinduuuuu dekat ain dan adik.. nanti ain dah habis kuarantin gelang pink ayah balik peluk semua,” tulisnya.

Pada masa sama, rata-rata peminat turut tersentuh dan bersimpati apabila menonton perkongsian yang dibuat bapa kepada dua orang cahaya mata ini.

Sekadar informasi, Shuk mendirikan rumah tangga bersama isterinya pada 20 Disember 2015 dan dikurniakan dua anak perempuan.

Video: Instagram Shuk Sahar

IKLAN