“Ayah Pergi Sebab Merokok, Abang Dua Orang Pergi Sebab Merokok. Tolonglah…,”- Datuk Aznil Haji Nawawi

Share

Terdahulu, pengacara terkenal Datuk Aznil Haji Nawawi atau sinonim dengan panggilan Pak Nil berduka cita atas pemergian abang tersayang, Azharnim Haji Nawawi baru-baru ini.

Kongsi Pak Nil, arwah abangnya itu telah meninggal dunia akibat penyakit kanser, Selasa lalu.

Baru-baru ini, pengacara berusia 56 tahun itu ada membuat ‘Live’ di akaun Instagram seterusnya meluahkan rasa sedih atas kehilangan abang tercinta.

Menurut Pak Nil, abangnya itu telah meninggal dunia berpunca kesan daripada tabiat merokok.

Lalu, bekas pengacara program realiti Akademi Fantasia itu memberi nasihat dan menyarankan agar semua perokok untuk berhenti merokok.

“Pak Nil nak bagi tahu semua, berhentilah merokok. Ayah Pak Nil pergi sebab merokok, abang Pak Nil dua orang pergi sebab merokok. Tolonglah kesianlah adik-adik, mak ayah.

“Kalau boleh berhenti, berhentilah. Sekarang Pak Nil rindu dengan abang Pak Nil,” luah Pak Nil.

Dalam pada itu, rata-rata peminat bersetuju dengan kata-kata yang disampaikan oleh Pak Nil.

Video: Twitter e_nuyn

IKLAN