Salam takziah diucapkan buat penyanyi Ning Baizura yang telah kehilangan bapa tercinta sehari sebelum menyambut Aidiladha.

Menurut sumber, bapa Ning telah menghembuskan nafas terakhirnya di atas sejadah ketika menunaikan solat lima waktu dan pada ketika itu bapanya sedang berpuasa.

“Ayah meninggal dunia selepas waktu Zohor dan ketika sedang berpuasa. Adik-beradik saya melihat ayah menghembuskan nafas terakhir di atas sejadah dengan wajah tenang.

 

“Saya hanya sempat melihat arwah ketika dimandikan untuk solat jenazah dan mencium dahinya buat kali terakhir.

 

“Ustaz ada beritahu ayah insan terpilih kerana meninggal dunia dalam keadaan masih utuh menunaikan solat lima waktu dan kami reda dengan pemergiannya,” katanya kepada BH Online.

Jenazah arwah bapanya telah dikebumikan di salah sebuah tanah perkuburan yang terletak di Shah Alam.

Menerusi akaun Instagram milik Ning pula, dia ada berkongsi sebuah gambar yang tertulis surah Al-fatihah dan di ruangan kapsyennya pula dia mendoakan semoga roh arwah bapanya serta seluruh keluarganya yang telah menghadap Illahi tenang di sana.

IKLAN

A post shared by Ning Baizura (@ningdalton) on

“Moga tenang roh Ayah kami, Hamzah bin Mohamed di alam barzah, Al Fatehah , buat Arwah ibu , mak ngah, haji haril, haniza & seluruh keturunan kami yg telah mengadap ILAHI ???,” tulis kapsyennya.

Rata-rata pengikut Ning juga turut mengucapkan ucapan takziah buat Ning sekeluarga di atas pemergian bapanya.

IKLAN

dieyashamsudin: inalillah…semoga arwah ayah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman…????

didiefazie: Innalillahiwainnailaihirojiun. Takziah kak ning sekeluarga

IKLAN

yuslizakashmiryacob: Takziah..moga rohnya dicucuri rahmatNya jua.amiiiin

Kami juga di MH Online mengucapkan takziah buat Ning sekeluarga dan semoga arwah bapa Ning tenang di sana dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Buat Ning sekeluarga diharapkan terus tabah dan reda dengan pemergian bapa tercinta.

Sumber: BH Online & Instagram Ning Baizura

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI