Awi Rafael tidak menafikan dia mula mengenali tunangnya yang juga pelakon asal Singapura, Atikah Suhaime ketika masih menjadi kekasih kepada pelakon Hanez Suraya sekitar lapan tahun lalu.

Bagaimanapun Awi atau nama lengkapnya, Muhammad Namawi Ewan Gunawan Rafael memberitahu, hubungan mereka mulai serius sekitar lima bulan lalu ketika Atikah kembali ke Singapura.

“Saya kenal Atikah ketika masih bersama dengan Hanez. Tapi kami hanya kenal dan berhubung tidak lebih hanya kawan biasa saja.

 

“Namun sejak lima bulan lalu, saya dan dia semakin rapat, seterusnya mahu membawa hubungan ini ke fasa yang lebih serius,” katanya kepada MH.

Menurut Awi, dia enggan menunggu lama untuk mengikat tali pertunangan kerana yakin Atikah adalah pilihan terbaik buat dirinya.

IKLAN

Awi Rafael Kenal Atikah Suhaime Ketika Masih Menjadi Kekasih Hanez Suraya, Tetapi Hubungan Rapat Sejak Lima Bulan Lalu

“Saya sudah bersedia untuk ke fasa lebih serius. InsyaAllah mengikut perancangan kami akan berkahwin pada ulang tahun kelahiran Atikah, 15 Mac tahun depan.

 

“Pada saya, dia adalah jodoh terbaik dan sifatnya yang penyabar, positif membuatkan saya terpikat. Kami saling memahami dan menyokong kerjaya satu sama lain.

 

“Dia juga bakal muncul dengan sebuah drama baru selepas ini dan saya memberi sokongan penuh terhadap apa yang dilakukan Atikah,” terang jujur sejurus ditemui media di pelancaran Gema Gegar Vaganza musim kedua di Hotel Istana, Kuala Lumpur.

Dalam perkembangan lain, Awi juga bakal melancarkan album baru yang bakal mengandungi lapan buah lagu dan apa yang menariknya, sebuah single berjudul Rahasiaku, turut ditujukan khas buat tunang tersayang.

IKLAN

Awi dan Atikah sebelum ini telah pun selamat bertunang pada 17 Mac lalu.

Berita tersebut nyata mengejutkan ramai memandangkan sebelum ini, tiada laporan mengatakan mereka menjalin hubungan bercinta.

IKLAN

Foto: instagram Atikah Suhaime

https://www.facebook.com/mediahiburan/videos/10155510130733435/

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI