Penyanyi terkenal, Ayda Jebat melakar sejarah tersendiri apabila selesai membuat persembahan mini pertamanya menerusi dalam pesawat AK5106 dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, Sabah.
Sekali gus, persembahan dari penyanyi Temberang ini diiktiraf sebagai Persembahan Muzik Secara Langsung Di Latitude Paling Tinggi (38,000 kaki di atas paras laut) oleh Malaysia Book Of Records sebentar tadi.
Menyifatkan misinya untuk menyanyi di awam biru sudah bagai impian yang sudah berjaya direalisasi, Ayda turut rasa gembira dan berbangga atas pencapaiannya itu.
Ads
“Syukur semuanya berjalan dengan lancar. Saya berasa gembira kerana mendapat pengalaman baru yang tidak pernah difikirkan sebelum ini. Maklumlah, menyanyi di dalam pesawat yang sedang terbang di awan biru merupakan suatu situasi yang berbeza.
“Selain itu, saya terharu kerana penumpang pesawat turut sudi menyanyi bersama walaupun terdiri daripada pelbagai bangsa. Lagi bersemangat untuk menghiburkan penumpang,” kata Ayda yang menyampaikan tiga buah lagu iaitu Pencuri Hati, Xin Tai Ruan dan Temberang.
Ads
Pada masa sama, lakaran sukses itu turut dikongsi oleh Shadow Puppet Theatre yang turut sama terlibat dalam persembahan tersebut dan ia turut disaksikan Pengerusi Pelancongan Malaysia, Datuk Ahmad Shah Tambakau.
Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Book Of Records, Datuk Michael Tio.
Ads
Persembahan tersebut merupakan sebahagian daripada aktiviti sempena Minggu Muzik Malaysia 2019 (MM2019) yang dianjurkan menjelang Tahun Melawat Malaysia 2020 dan mendapat kerjasama Kementerian Pelancongan.
Ayda sebelum ini turut menzahirkan perasaan terujanya apabila diberi kepercayaan untuk membuat persembahan di dalam sebuah pesawat yang sedang melakukan penerbangan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bintang media sosial, Melissa Th’ng sekali lagi memuat naik gambar mesra bersama bekas penyampai radio, Jaa Suzuran di Instagram miliknya baru-baru ini.
Foto tersebut memperlihatkan kemesraan Jaa yang sedang memeluk Melissa dari belakang sambil dirakam wanita itu sendiri.
“Tolong settle. Siapa lagi manja? @jaasuzuran ke Melissa?,” tulis bekas peserta program pencarian model terkenal Asia’s Next Top Model musim pertama itu.
Hos dan pengacara, Yana Samsudin ada memuat naik memori foto bersama ahli keluarga di Sarawak menerusi Instagram.
Nyatanya, perkongsian yang dibuat pelakon Wawa Semput itu awal semalam mengundang rasa syahdu apabila ada ahli keluarga yang telah pergi selamanya.
“Tetiba syahdu pula. Rindu Babeh & Tayung. Memori full, scroll la nak delete pic & video , lalu pulak pic ni.
“Tak tahu nak describe camne. Rindu tapi jauh, walaupun jauh tapi sentiasa di dlm doa & hati,” tulisnya.
Kongsi Yana lagi ketika di usia remajanya, dia terimbau perlu kerja keras demi keluarga tersayang.
“Ye lah, zaman muda yana , kena kerja keras nak beli tiket mak abah & adik beradik lain untuk balik sana. Tau lah kan kalau balik time raya Xmas & gawai harga tiket mahal.
“Ok, jangan tertanya yana ni kaum apa pulak. Mak yana muslim convert asalnya Bidayuh Kristian, Sarawak.
“Keluarga mak pribumi Sarawak. Diaorg tinggal dalam komuniti kecik, tanam pokok durian, lada hitam, padi bukit, dan makan hasil bumi.
“Mak pernah cerita kalau diaorg adik beradik masuk hutan nak kemas kebun atau ke kampung sebelah ambil masa 4 hari tau, berjalan kaki redah hutan bukit bukau. Salute lah, diaorang tak sesat pun,” maklumnya.
Pada masa sama, Yana turut berkongsi momen di mana ibunya telah diberi restu oleh kedua ibu bapanya bergelar seorang Muslim.
“Paling Yana salute, Babeh, Tayung & adik beradik mak (Aunty & uncle) beri peluang mak yana pilih jalan hidupnya (muslim) tanpa memutuskan silaturrahim sesama mereka.
“Jika di fikirkan pasal pengorbanan mak, jauh lebih kuat berbanding kami di sini.
“Tinggalkan keluarga, tukar agama dan ikut suami ke Johor. Sampai sekarang setiap kali dia call mak dia, mesti menangis,” jelas Yana yang turut meluah rasa rindu.
“Tapi tu lah, yana tulis ni bukan nak cerita pasal pengorbanan sesapa. Yana nak cerita pasal yana rindu orang orang tua keliling yana. Mendiang Babeh meninggal usia 99 tahun februari 2 tahun lepas.
“Korang tahu kan situasi bila petang orang tua datang berkumpul duk mengopi mengeteh , menyogel sireh depan rumah… menganyam tikar, menganyam bakul, asah parang kebun, bawa balik durian , lada hitam, padi sawah , padi bukit, rambutan & hasil hutan seperti rebung & sayur sayuran.
“Cucu kecik main main kat halaman rumah. Rindunya!!!!!! Ok lah. Tak sanggup nak sambung cerita. Semoga kita semua, mak abah mama abah, atuk nenek mendapat pengakhiran yang baik insyaAllah. Amin,” doa Yana panjang lebar.
Menjengah ke ruang komen pula, rakan pelakon Datin Almy Nadia dilihat ada meninggalkan komen terhadap entri berkenaan.
Lalu, Syafie yang lebih senang digelar Ayie, dia menganggap apa yang berlaku adalah petunjuk dariNya.
Terdahulu, Syafie didakwa telah mengasari bekas tunang atas sebab tersendiri hingga menyebabkan laporan polis telah dibuat bekas tunang, yang juga seorang pelakon.
Foto : Instagram Syafie Naswip
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi mencuri tumpuan apabila beliau sempat menyantuni sekumpulan peminat daripada kalangan pelajar sekolah menengah ketika sedang menikmati makan tengah hari di sebuah restoran, semalam.