Jenama gaya hidup Amber di bawah Usanita Sdn Bhd, melantik enam selebriti ‘gred A’, iaitu Awal Ashaari, Scha Alyahya, Aina Abdul, Fattah Amin, Nora Danish, dan Sophia Albarakbah, sebagai wajah rasmi bagi jenama tersebut.
Langkah strategik ini dijangka membawa Amber ke tahap baharu, menjadikannya jenama utama dalam industri fesyen, kecantikan dan gaya hidup di negara ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Sdn Bhd iaitu Datuk Adzliana Hasan, berkata, pelantikan ini bukan sekadar mencerminkan kejayaan para selebriti dalam bidang masing-masing, tetapi juga menunjukkan kepercayaan jenama itu terhadap nilai dan pengaruh yang dibawa kenam mereka.
Dalam majlis yang sama, Amber turut merasmikan butik flagship pertamanya yang di Shangri-La Hotel Kuala Lumpur.
Selain koleksi sedia pakai (RTW), ia juga menawarkan perkhidmatan Amber Bespoke kepada pelanggan yang ingin mendapatkan pakaian tempahan khas (custom-made).
Perkhidmatan ini membolehkan pelanggan memilih rekaan, fabrik, dan kemasan mengikut cita rasa dan keperluan mereka, memberikan sentuhan peribadi yang unik kepada setiap busana.
Ads
Sebab 6 Selebriti Ini Dipilih
“Kehadiran enam selebriti ini sebagai wajah rasmi Amber bukan hanya melibatkan kerjasama komersial, tetapi juga simbolik kepada aspirasi gaya hidup yang premium dan moden.
“Pada masa sama kami memahami bahawa setiap individu adalah unik, dan Amber Bespoke direka untuk memenuhi kehendak dan gaya peribadi pelanggan kami.
“Dengan perkhidmatan ini, kami memastikan setiap pelanggan mendapat pengalaman premium yang benar-benar eksklusif,” katanya.
Ads
Tiga Sub Jenama Diumumkan
Sempena pelancaran ini, Amber turut memperkenalkan tiga sub-jenama iaitu Amber RTW, Amber Beauty dan Amber Home.
Dalam pada itu, kolaborasi jenama tersebut dengan barisan selebriti terpilih mencerminkan usaha jenama ini untuk mewakili pelbagai peringkat usia dan golongan.
Ads
“Kami ingin memastikan Amber dapat diakses oleh semua golongan, tanpa mengira usia atau latar belakang.
“Dengan tawaran harga yang kompetitif, pelanggan boleh menikmati produk berkualiti premium yang sesuai untuk gaya hidup mereka,” katanya.
Justeru, pelancaran butik flagship dan perkhidmatan Amber Bespoke adalah sebahagian daripada komitmen Amber untuk memberikan pengalaman membeli-belah yang unik dan peribadi.
Dengan langkah ini, diharapkan agar ia terus mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama gaya hidup premium di Malaysia dan bersedia untuk meluaskan pasaran ke peringkat serantau.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Ben Ali menafikan dakwaan segelintir pihak yang mendakwa rumah tangganya dengan isteri yang juga pelakon asal Singapura, Nadiyah Shahab, sedang berdepan ujian.
Ben Ali, atau nama sebenarnya Nur Ali Nadzwan, 32, berkata, hubungan mereka baik-baik saja dan sibuk membuat persiapan untuk projek istimewa sempena Raya, Absolut Bazaar x Festival Gaya Raya.
“Tiada isu pun. Saya dan Nadiya okay saja. Malah hari ini kami berdua akan muncul dalam sidang media bersempena dengan acara yang kami akan kendalikan tidak lama lagi.
“Saya tiada pula dengar desas-desus perkara yang tak baik dalam rumah tangga kami. Tapi biasalah, dalam melayari bahtera rumah tangga sudah pasti akan ada pasang surutnya.
“Jadi saya pun tidak nafikan mengenai perkara itu. Selagi kita boleh selesaikan berdua, kita akan cubauntuk selesaikan dengan cara yang terbaik.
“Rumah tangga kami pun sudah memasuki tahun yang ketujuh, sudah tentulah ia tidak berjalan sempurna sepanjang masa. Itu sahajalah.
“Memang tiada (isu pergolakan). Doakan yang baik-baik sahaja. Itulah yang kita minta daripada semua,” katanya kepada MH.
Ben bagaimanapun tidak terkejut apabila cerita sedemikian timbul memandangkan tahun lalu terdapat beberapa isu membabitkan rumah tangga artis tempatan telah menjadi perhatian ramai.
“Saya tidak terkejut pun bila isu ini timbul sebab mungkin tahun lepas ada banyak berita mengenai pasangan selebriti yang berpisah menjadi bualan.
“Kami pun tidak terlepas daripada dikaitkan. Kami masih suami isteri yang sah, tinggal sebumbung,” katanya lagi.
Mengimbas kembali, pasangan selebriti ini selamat diijabkabulkan pada 10 November 2018 di The Ballroom at East Coast, Singapura, namun mereka masih belum dikurniakan rezeki menimang cahaya mata.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Perjalanan Eylia Guntabid menerusi program One In A Million (CSOIAM) terhenti di peringkat suku akhir apabila namanya diumumkan sebagai peserta tersingkir, pada Ahad.
Malah persembahan duetnya bersama Khai Bahar menerusi lagu Dua Insan Bercinta turut gagal memikat hati juri tetap iaitu Datuk Yusry Abdul Halim, Ziana Zain, dan Cakra Khan, selain Alif Satar yang diundang sebagai juri jemputan.
Pada masa sama, jumlah undian penonton yang diterimanya juga tidak dapat membantu Eylia untuk mengekalkan kemaraannya di dalam pertandingan tersebut.
Lima peserta yang berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir ialah Zazleen, Jimi, Kai Deva, Marygrace, dan Mariam.
Penilaian peserta setiap minggu dibahagikan kepada 60 peratus markah daripada juri profesional, manakala 40 peratus lagi ditentukan melalui undian penonton.
Malam tadi, saingan minggu kelima turut diserikan dengan persembahan pembukaan oleh Alif Satar & The Locos menerusi lagu popular Anugerah Terindah dan Inikan Cinta.
Enam peserta yang bertanding juga menghiburkan penonton dengan medley lagu Bollywood sebelum Stacy Anam tampil memukau menerusi lagu Pakai Buang dan Menyala.
Program realiti nyanyian ikonik ini, yang mula diperkenalkan pada 2006, kembali dengan format baharu dan bersiaran setiap minggu sehingga 9 Februari depan.
Dihoskan oleh Haniff Hamzah dan Fiza Frizzy, juara One In A Million akan membawa pulang hadiah lumayan berupa wang tunai RM500,000, sebuah kereta bernilai RM200,000, serta kontrak rakaman eksklusif selama dua tahun bersama Alternate Records & Talents.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Gedung tekstil dan pakaian terkemuka, Jakel, mempersembahkan 10 selebriti dan pempengaruh popular sebagai wajah utama bersempena kempen ‘Raya Mendonia Bersama Jakel 2025.
Barisan duta istimewa ini ialah pelakon Fattah Amin, Amira Othman, Elly Mazlein, Anzalna Nasir dan Nabil Ahmad bersama keluarga masing-masing, serta kumpulan lawak legenda, Senario.
Turut memeriahkan kempen sama adalah karakter animasi ikonik, Upin & Ipin.
Pempengaruh terkenal iaitu Sallywho sekeluarga dan Cik Epal turut melengkapkan senarai duta dalam kempen khas untuk menyemarakkan sambutan Hari Raya tahun ini.
Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel berkata pemilihan barisan duta ini bertujuan menonjolkan kepelbagaian koleksi pakaian Jakel yang sesuai untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.
“Jenama kami adalah jenama untuk semua golongan, menyediakan produk yang sesuai untuk pelbagai peringkat usia, daripada ibu bapa, remaja, dewasa, hinggalah kanak-kanak.
“Malah kita juga barisan duta yang dilantik ini mempunyai ramai pengikut yang setia bersama.l dari awal sehingga kini. Jadi bagaimana kita untuk menidakkan selebriti yang bersama dengan rakyat.
“Dalam pada itu, kami juga mahu memastikan semua pelanggan dapat menikmati pakaian berkualiti dengan harga yang berpatutan,” katanya yang turut menjelaskan kesemua duta yang dipilih diharap dapat mengukuhkan tagline jenama ini iaitu ‘Jakel, Barulah Raya’.
Inisiatif pengumuman duta serta pelancaran kempen tersebut juga adalah persediaan awal bagi membuka peluang kepada pelanggan memilih pakaian berteraskan rekaan trend terkini dan pilihan warna lebih segar.
“Untuk tahun ini, kita turut menawarkan pakaian dengan warna popular dan terkini seperti, Emerald Green, Burgundy, Dark Pink, Fuchsia dan Powder Blue.
“Kita juga akan menampilkan harga rakyat iaitu dengan menawarkan Baju Melayu Madani berharga RM99 (baju Melayu Senario) sepasang termasuk sehelai samping percuma bernilai RM49.
“Sementara baju Melayu Fattah Amin pada RM149 termasuk samping percuma bernilai RM99. Betapa ‘rakyatnya’ harga saya bagi,” jelasnya lagi.
Pada masa sama, pihaknya juga turut meningkatkan bilangan penghasilan baju sebanyak sejuta pasang bagi ibu, bapa, selain 1.5 juta pasang untuk pakaian sedondon.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Mell Sakura mengakui hatinya tersentak apabila kemunculan semulanya di Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) disifatkan oleh segelintir pihak sebagai sesuatu yang menjijikkan.