“Awak Wajib Menegur Pakaian Isteri…,” – Komen Netizen Bila Bunga Cinta Lestari Hanya Berbikini

Share

Pelakon dan penyanyi, Bunga Cinta Lestari muat naik fotonya berbikini di tepi pantai di laman Instagramnya, semalam.

Difahamkan, foto tersebut diambil ketika dia bersama suami, Ashraf Sinclair dan anaknya, Noah Sinclair bercuti di Hawai.

“Early evening at the beach #bungacitralestari #hawaii,” tulisnya.

Susulan itu, di ruangan komen dipenuhi dengan komen netizen yang meminta agar Ashraf menegur pemakaian isterinya itu agar tidak tampil seksi.

Dalam pada itu, ada juga yang menegur netizen yang terlalu mengutuk Bunga kerana berpakaian begitu.

Sebelum ini, Bunga juga pernah ditegur netizen kerana sering tampil seksi, malah penyanyi lagu Ingkar itu juga turut disoal bilakah mahu berhijab oleh netizen.

Foto/Instgaram: Bunga Cinta Lestari

IKLAN