Pengacara popular, Sherry Al Hadad memuat naik foto arwah datuknya, Syed Ali Al Hadad bersebelahan dengan arwah bapa, Syed Abdullah Al Hadad di Instagramnya.
Sambil mengimbau kenangan bersama arwah datuk dan bapanya, kapsyen yang dibuat hos The Sherry Show ini nyata mengesankan.
“Salam Jumaat semua. Arwah atok saya sebelah kiri, Syed Ali Al Hadad dan arwah abah saya sebelah kanan Syed Abdullah Al Hadad.
“Saya tak pernah jumpa arwah atok kerana dia meninggal dunia setahun selepas saya lahir. Arwah abah pula saya meninggal masa saya umur 9 tahun.
“Masa kecik dulu, saya lah peneman setia arwah abah. Orang akan tegur abah dan tanya “cucu ke Tuan Syed?” “Takklah anak bongsu”,” kongsi Sherry.
Malah, Sherry menjelaskan namanya adalah inspirasi dari arwah bapanya yang gemar akan lagu Cheri Cheri Lady nyanyian kumpulan Modern Talking (1985).
“Nama Sherry pun abah yang bagi sebab dapat dari lagu Modern Talking- Cerry Cerry Lady. Btw abah, dont worry kalau anak abah ni tak kahwin lagi. Dia happy hidup ngan umi n adik beradik yang lain. Eh cucu abah pun dah ramai tau. Cicit pun dah ada.
“Agituewwww. I love u lah Abah. Semoga roh abah dan roh atok di tempatkan di kalangan orang orang yang beriman. Al Fatihah,” kongsi Sheery sambil disertakan foto kenangan hitam-putih.
Lalu, rakan selebriti telah meninggalkan komen terhadap perkongsian foto dan kaspyen yang dinukil Sherry.
Dalam perkembangan lain, Sherry atau nama penuhnya Shariffah Mariam Syed Abdullah Al Hadad menggalas tugas sebagai pengacara Big Stage 2019 di samping Alif Satar pada Ahad ini jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
Meluahkan rasa risau apabila teman, Shalma Eliana yang kini sedang dirawat di hospital, penyanyi Ismail Izzani ada memuat naik sekeping foto dirinya di samping si dia.
Difahamkan menerusi Instagram gadis terbabit, dia mengalami patah kaki dan bakal disimen hari ini.
“Siapa yang sakit?? gws partner,” tulis penyanyi Bidadari ini.
Datuk Seri Siti Nurhaliza menitipkan doa buat warga Indonesia yang dilanda gempa bumi kuat yang menggegarkan Jakarta dan beberapa wilayah berhampiran semalam.
“Semoga Allah SWT melindungi keluarga besarku Indonesia .. Aamin ya rabb!!”
Berkongsi keratan artikel yang memuatkan tragedi menimpa, sikap prihatin penyanyi nombor satu negara ini mendapat reaksi hebat warga Indonesia.
Netizen Indonesia turut berkongsi keadaan terkini di sana dan menyatakan amaran tsunami sudah dihentikan.
Terdahulu gempa bumi kuat yang menggegarkan Jakarta dan beberapa wilayah berhampiran dan berpotensi mencetuskan tsunami.
Menurut agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia, pusat gempa bumi itu dikesan di wilayah barat daya Sumur, Banten dan berukuran 7.4 magnitud. Gegaran kuat juga dirasai di Depok, Bekasi dan Jawa Barat.
Semoga semuanya selamat di sana. Kami sentiasa mendoakan Indonesia dan warganya dalam lindungan Allah SWT.
Foto : Instagram Tok Ti
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi mencuri tumpuan apabila beliau sempat menyantuni sekumpulan peminat daripada kalangan pelajar sekolah menengah ketika sedang menikmati makan tengah hari di sebuah restoran, semalam.