“Awak Menyampah Tapi Orang Lain & Klien Suka, Jangan Toksik,” – Individu Jemu Ayda Jebat Selalu Muncul Dalam Iklan, Ini Reaksi Tuan Badan

Share

Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat ada memberikan reaksinya berhubung ciapan seorang individu yang meluahkan rasa jemu kerana kebanyakkan iklan di negara ini sering kali menampil wajah bintang tersebut.

Jelas Ayda, perkara seperti ini tidak sepatutnya dijadikan sebagai isu kerana dia menyifatkan segala rezeki telah disusun atur dengan baik oleh Allah SWT.

“Salam. Rezeki saya, rezeki awak belum tahu lagi, mungkin lebih dari saya, awak je tak nampak.

“Relax, kalau tak suka skip je tau. Awak menyampah tapi orang lain & client suka.

“Hehe! Jangan toxic sangat. Ok bye primadonaaa! Gitcheww,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh isteri kepada pengacara, Nabil Mahir itu menerusi sebuah ciapan yang dimuat naik di laman Twitter.

Katanya lagi, orang ramai juga boleh memilih untuk tidak menonton video-video iklannya itu andai ia membuatkan mereka berasa kurang selesa.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan individu tersebut sebagai cemburu selain turut menasihati Ayda supaya tidak mempedulikan komen-komen negatif tersebut.

“Hater ni, buat tak tahu je. Settle masalah.

“Dah muka dia lawa, ramai je yang suka tengok.

“Kitaorang tak jemu pun, rindu lagi adalah,” antara komen-komen netizen di laman Twitter.

Sumber: Twitter Ayda Jebat

IKLAN