“Awak Memang Sesuai Kena Block…”- Jawab Jihan Muse Fasal Gurau Netizen Yang ‘Over’ & Keterlaluan

Share

Pengacara Jihan Muse ada memuat naik sekeping gambar ketika sedang menghadiri sebuah program rakaman di akaun Instagram miliknya. 

Malah katanya, musim terbaru lebih menarik kerana para peserta yang yang ‘mysterious’. 

“I Can See Your Voice Malaysia kembali lagi.. dtg ramai2 ke rakaman #icsyvm di Sri Pentas 2 Shah Alam.”

“Jadual rakaman ada kat ig @senangterhibur jom kasi picahhhh.. sebab kali ni peserta lagi mysterious.. sampai sakit kepala panelist. .#jihanglamsquids Makeup by @sahirsabri Styling by @yumimarina” tulisnya. 

https://www.instagram.com/jihanmuse/p/BuC7Omnn8hN/?utm_source=ig_share_sheet&igshid=1y259jf8a6yt5

Lantas, ada satu individu telah menulis komen yang agak kurang sopan kepada Jihan. 

“Lawanyaaaaaa jangan bukak tudung pulak kak nanti hahahaha @emma_maembongofficial” tulis individu tersebut. 

Lalu, bintang berusia 35 tahun itu telah membalas komen individu tersebut dengan berkata; 

“Awak memang sesuai kena block” tulisnya. 

Lalu, komen tersebut menjadi perhatian netizen kerana merasakan individu tersebut kurang sopan dan biadap.

Alahai netizen pun, tidak salah untuk bergurau cuma sebelum berkata apa apa haruslah berfikir dahulu. Terlajar perahu boleh berundur, terlajak kata tidak boleh buat apa-apa. 

Foto : Instagram Jihan Muse

IKLAN