“Awak Letak Lah Jari Kat Seterika Tu,” – Kongsi Adab Menegur, Tiz Zaqyah ‘Disekolahkan’ Netizen

Share

Berkongsi dua petikan daripada dua penceramah mengenai adab pemakaian wanita Islam, Tiz Zaqyah membandingkan bagaimana gaya pendekatan kedua-duanya dalam menyampaikan dakwah.

Ulasnya, penceramah pertama menyarankan seorang wanita meletakkan dua jari ke seterika, manakala penceramah kedua dilihat lebih lembut dalam berbicara.

“A man telling a girl to touch an iron plate with 2 fingers.

“A man calling out “Dear brothers, and zulaykhas.”

Namun, perkongsian pelakon jelita ini dilihat sebagai cuba membuat serangan peribadi kepada penceramah bebas tersebut.

Malah ada yang mengatakan penceramah yang digelar ‘real muslim’ adalah syiah.

Terdahulu, statusnya itu juga telah pun diperkatakan pengguna media sosial lainnya, sejak semalam.

Tiz bagaimanapun mempertahan dan memberikan bukti bahawa ia bukan hadis palsu.

Netizen berterusan mengkritik pendapatnya dan menasihatkan agar pelakon ini terbuka hati untuk mengenakan hijab.

Namun daripada sisi lain, dia meminta agar netizen melihat isi penyampaian, bukan siapa yang menyampaikan.

Foto : Twitter Tiz Zaqyah

IKLAN