“Awak Kuat, Saya Tahu Demi Yem & Som,” – Bekas Suami Nad Zainal

Share

Bekas suami Nad Zainal, Faliq Amiruddin menitipkan harapan buat aktres tersebut yang ketika ini dilaporkan kritikal dan dirawat dalam unit rawatan rapi (ICU)di Hospital Pakar Ampang Puteri sejak Isnin lalu.

Menerusi Insta Stories, Faliq berdoa semoga Nad terus kuat demi anak-anak, Fahad Ibrahim, 6, dan Budi Kalsom, setahun kini berada di bawah jagaannya.

“Awak kuat. Saya tahu. Kuat demi Yem dan Som,” tulisnya ringkas, sebentar tadi.

Terdahulu, industri hiburan dikejutkan dengan perkongsian aktor, Ungku Ismail yang memberitahu Nad atau nama penuhnya Farah Nadia Zainal Abidin berada dalam kritikal.

Pelakon drama Cina Buta itu terpaksa ditidurkan selama dua hari selepas dimasukkan ke ICU susulan mengalami paru-paru berdarah.

Semalam bintang berusia 32 tahun itu dilaporkan menerima rawatan di sebuah hospital swasta selepas dua hari mengalami masalah kesihatan yang dipercayai akibat simptom Long Covid.

Difahamkan, Nad pernah dijangkiti Co­vid-19 pada 13 Mac lalu, namun tidak mengalami sebarang gejala teruk.

Sementara sekitar April lalu, dia yang popular menerusi drama Takdir Yang Tertulis mendedahkan mengalami batuk berkahak akibat pasca Covid-19 sehingga menyukarkannya untuk bekerja.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

IKLAN