“Auratku, Maruahku,” – Lisdawati Terharu, Dedah Anak Usia 10 Tahun Dah Minta Dipakaikan Tudung

Share

Lisdawati tidak mampu menyembunyikan keterujaan apabila anak sulungnya menghadiahi buku bertajuk Auratku Maruahku sempena menyambut hari lahirnya yang ke-41, 15 Disember lalu.

Kegembiraan itu dikongsi bersama suami, pelakon Fauzi Nawawi menerusi video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.

“Syukur Alhamdulillah. Hidayah milik Allah swt . Bila Anak sulung sy dah faham tentang maruah dan Aurat.

“Usia 10 tahun dia dah minta utk bertudung Tanpa ada paksaan. Makin jadi pemalu,” tulisnya.

Di ruang komen, rata-rata netizen memuji pasangan ini bijak mendidik anak-anak menurut ajaran Islam.

Foto : Instagram Lisdawati

IKLAN