Dewan Plenary di Kuala Lumpur Convention Centre menjadi saksi malam penuh magis yang dihidupkan oleh penyanyi, Ernie Zakri melalui konsert solonya, Aura: Ernie Zakri Live in Concert.

Lebih daripada sekadar hiburan, ia merupakan sebuah pengalaman emosi mendalam yang menonjolkan kehebatan vokal penyanyi berkenaan sehingga memukau lebih 3,000 peminat setianya.

Tetap Usaha Hiburkan Peminat Walau…

Meskipun disahkan mengalami jangkitan laringitis sebelum konsert, ibu kepada seorang cahaya mata itu membuktikan profesionalismenya sebagai seorang anak seni sejati.

Persembahan vokalnya tetap luar biasa, membuka tirai dengan lagu Aura dan membawa penonton menikmati rangkaian 22 lagu lain seperti Boneka, Astana, Ayuh, Misteri, dan Gundah.

Ads

Aura Seorang Ernie Zakri! Walau Suara ‘Hilang’, Tetap Sukses Sampaikan 23 Lagu Demi Lebih 3,000 Fans Setia Aura Seorang Ernie Zakri! Walau Suara ‘Hilang’, Tetap Sukses Sampaikan 23 Lagu Demi Lebih 3,000 Fans Setia Aura Seorang Ernie Zakri! Walau Suara ‘Hilang’, Tetap Sukses Sampaikan 23 Lagu Demi Lebih 3,000 Fans Setia Aura Seorang Ernie Zakri! Walau Suara ‘Hilang’, Tetap Sukses Sampaikan 23 Lagu Demi Lebih 3,000 Fans Setia Aura Seorang Ernie Zakri! Walau Suara ‘Hilang’, Tetap Sukses Sampaikan 23 Lagu Demi Lebih 3,000 Fans Setia

Penampilan Sabronzi & Ade Govinda

Turut memeriahkan konsert ialah persembahan duet bersama Sabronzo menerusi lagu Luv serta penampilan khas Ade Govinda untuk lagu Masing-masing dan Hal Hebat.

Ads

Penghayatan Ernie diperkukuhkan dengan susunan muzik eksklusif arahan Genervie Kam, menjadikan setiap lagu sebuah perjalanan emosi yang menyentuh hati.

Keintiman dan keikhlasan Ernie sebagai seorang penghibur terserlah melalui persembahan duet bersama Syamel untuk lagu Die With Smile dan Aku Cinta, yang menjadi salah satu detik kemuncak malam tersebut.

Ads

Penutup yang penuh kehebatan dengan lagu Ku Bersuara menandakan noktah sempurna untuk malam istimewa ini, meninggalkan kesan mendalam kepada setiap yang hadir.

Konsert ini juga membuka lembaran baharu apabila pihak penganjur, SAH Entertainment, apabila pihaknya turut mengumumkan konsert susulan di Singapura pada Jun 2025.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

@mediahiburanofficial Hampir sebak Ernie Berkongsi. Walau berdepan cabaran disahkan alami jangkitan laringitis sebelum konsert, dia tetap membuktikan nilai profesionalismenya sebagai seorang artis sejati. Show must go on! #MHnews #MediaHiburan #FYP ♬ Tears, sadness, sad scenes piano songs(1419877) – Lumiere Music

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI