Penampilan pempengaruh media sosial, Datuk Red sebagai ‘lelaki misteri’ yang diperkatakan sebelum ini terus jadi tumpuan utama sebaik sahaja dia muncul di acara Meet & Greet Jakel di Jakel Shah Alam, Sabtu lalu.

Turut menghangatkan suasana ialah kemunculan dua Duta Jakel 2026, Achey dan Que Haidar, yang sejak awal lagi telah diserbu peminat sebaik mereka melangkah masuk ke ruang legar.

Acara tersebut benar-benar mencetuskan fenomena apabila pengunjung membanjiri lokasi untuk bertemu idol masing-masing.

Kehadiran Datuk Red dan Que Haidar pula terus jadi sebutan sehingga warga maya memberikan mereka gelaran baharu, Duda Hot 2025, yang kini tular di media sosial.

Pelakon tersohor Que Haidar melahirkan rasa kagum dan terharu dengan sokongan kuat masyarakat, khususnya warga Shah Alam.

“Saya benar-benar tidak sangka sambutannya semeriah ini. Terima kasih kepada semua yang hadir, bukan sahaja untuk bertemu saya, tetapi kerana terus menyokong jenama tempatan seperti Jakel.

Ads

“Kehangatan hari ini membuktikan hubungan baik antara artis, jenama dan rakyat Malaysia sendiri,”katanya.

Sementara Datuk Red yang juga ahli perniagaan, turut berkongsi rasa teruja dengan kemeriahan acara tersebut.

“Aura pengunjung hari ini sangat luar biasa. Saya seronok dapat beramah mesra, bergambar dan berkongsi momen positif bersama semua.

Ads

“Ini bukti masyarakat kita sangat supportive dan saya bangga dapat menjadi sebahagian daripada acara meriah seperti ini,” ujarnya.

“Aura Pengunjung Luar Biasa!,” – ‘Lelaki Misteri’ Sebenarnya Datuk Red! Achey & Que Haidar Pula Diserbu Ramai Orang“Aura Pengunjung Luar Biasa!,” – ‘Lelaki Misteri’ Sebenarnya Datuk Red! Achey & Que Haidar Pula Diserbu Ramai Orang “Aura Pengunjung Luar Biasa!,” – ‘Lelaki Misteri’ Sebenarnya Datuk Red! Achey & Que Haidar Pula Diserbu Ramai Orang “Aura Pengunjung Luar Biasa!,” – ‘Lelaki Misteri’ Sebenarnya Datuk Red! Achey & Que Haidar Pula Diserbu Ramai Orang “Aura Pengunjung Luar Biasa!,” – ‘Lelaki Misteri’ Sebenarnya Datuk Red! Achey & Que Haidar Pula Diserbu Ramai Orang

Crazy Sale Sehingga 14 Disember!

Disebabkan kehadiran pengunjung yang terlalu luar biasa, Ketua Pegawai Pemasaran Jakel, Muzaffar Jakel, mengumumkan bahawa tempoh promosi mega Jakel Crazy Sale Terpaling Murah! dilanjutkan seminggu lagi sehingga 14 Disember di semua cawangan seluruh negara.

Ads

“Kami amat berterima kasih atas sambutan luar biasa di Shah Alam hari ini. Melihat keterujaan pelanggan, pihak kami mengambil keputusan untuk melanjutkan tempoh Jakel Crazy Sale Terpaling Murah! sehingga 14 Disember di semua cawangan kami di seluruh negara.

“Ini adalah cara kami menghargai sokongan berterusan daripada pelanggan setia Jakel,” katanya.

Beliau turut menegaskan komitmen Jakel untuk terus menyediakan pilihan busana dan fabrik terbaik pada harga mampu milik, selaras dengan harapan pelanggan yang sentiasa menyokong jenama tersebut.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads