Terkesima sejenak apabila mendapat tahu tentang atlet ekustrian negara, Quzandria Nur Muhamad Fathil yang baru sahaja meraih pingat emas dalam acara dressage individu rupanya sedang hamil 5 bulan.

Sungguh besar pengorbanan Quzandria yang sanggup mengambil risiko untuk terus berjuang mendapatkan emas buat negara walaupun dalam keadaan berbadan dua.

Ternyata pengorbanan yang dilakukan oleh atlet ini akhirnya berbaloi dengan kejayaan yang diraihnya.

Atlet Ekuestrian Raih Pingat Emas Sedang Hamil 5 Bulan

IKLAN

Persembahan bertenaga bersama kudanya, Rosentolz berjaya mengetepikan sembilan peserta lain yang sama-sama berjuang mendapatkan gelaran juara bagi acara tersebut.

“Saya telah berbincang dengan doktor mengenai keadaan saya tetapi ia tidak menggugat saya. Apa yang saya buat ini untuk negara.

 

“Memang ia merupakan cabaran buat saya tetapi ia memberi kepuasan kepada kita apabila kita meraih kejayaan itu dan ini satu pencapaian yang sangat bermakna.

 

“Saya anggap kejayaan ini rezeki anak yang akan dilahirkan nanti,” kata atlet negara ini.

Tempat kedua bagi acara ini juga turut disandang oleh atlet negara, Qabil Ambak yang merupakan abang kepada Quzandria.

IKLAN

Atlet Ekuestrian Raih Pingat Emas Sedang Hamil 5 Bulan

IKLAN

Qabil telah menunggang Walkuere dengan mencatat 149.547 mata dan melayakkannya untuk berada ditangga kedua sekali gus meraih pingat perak dalam acara ini manakala wakil daripada Singapura, Caroline Chew pula mendapat tempat ketiga.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dalam semua acara yang dipertandingkan dan sumbangan anda pada negara tersangatlah dihargai kerana usaha anda nama Malaysia terus berada pada tangga pertama dalam carta Sukan Sea 2017 selaku penerima jumlah pingat paling tinggi buat masa ini.

Sumber: Sinar Harian

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI