Pelakon Atiq Azman, 25, berkongsi berita gembira apabila dia dan isterinya, Alia Natasha, kini sedang menantikan kelahiran cahaya mata sulung mereka, tidak lama lagi.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Atiq, atau nama sebenarnya Raja Muhammad Atiqullah Shah Raja Azman Shah, menerusi satu hantaran menyentuh hati di Instagram.

Menerusi entri tersebut, Atiq turut mengambil kesempatan mengucapkan selamat hari jadi kepada isteri tercinta sambil mengumumkan bakal kehadiran zuriat pertama mereka.

“Happy birthday sayang, wanita terindah yang Allah hadirkan dalam hidup aku. Tahun ini hadiah ulang tahun sayang bukan hanya cinta abang, tapi juga amanah paling berharga… zuriat yang kini dah ada dalam rahim sayang.

“Terima kasih sebab sabar, sebab kuat, dan sebab terus jadi cahaya dalam hidup abang.

Ads

“Ya Allah, aku mohon… peliharalah isteri dan anakku dalam rahmatMu. Jadikan rumah tangga ini tempat tumbuhnya cinta, sabar dan syukur,” tulisnya.

Atiq Azman Bakal Jadi Ayah! Beri Ucapan Syahdu Sempena Birthday Isteri – “Amanah Berharga, Zuriat Dalam Rahim Sayang.” Atiq Azman Bakal Jadi Ayah! Beri Ucapan Syahdu Sempena Birthday Isteri – “Amanah Berharga, Zuriat Dalam Rahim Sayang.”

Ads

Doa & Harapan Seorang Suami

Menerusi hantaran sama, Atiq juga menitipkan doa agar Alia terus diberi kekuatan, dimurahkan rezeki dan menjadi ibu yang terbaik buat permata hati yang bakal lahir kelak.

“Semoga umurmu diberkati sayang, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan dan dipermudahkan setiap langkah sebagai bakal ibu.

Ads

“Abang tak sabar nak tengok sayang jadi ibu yang paling hebat untuk anak kita nanti. I love you,” kongsi pelakon Budak Tebing itu lagi.

Untuk rekod, pasangan ini melangsungkan pernikahan pada 21 Februari lalu selepas menjalani tempoh pertunangan selama empat bulan.

Sehingga kini, hantaran berkenaan sudah pun menerima hampir 10,000 tanda suka dan disusuli dengan pelbagai ucapan yang baik-baik daripada kalangan warganet.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI