Atas Nama Cinta, Instafamous Beby Tora Sanggup Jadi ‘Teddy Bear’, Kejutan Buat Suami Sebab…

Share

Instafamous, Atierah Zulfatie atau lebih dikenali sebagai Beby Tora telah membuat kejutan buat suaminya, Apit Johari bersempena ulang tahun kelahirannya semalam. 

Momen indah itu dikongsikan Beby Tora menerusi Instagramnya. 

“I love u so much husband ! Harap awak suka dngn surprise ni ..kita tak sweet mcm orang lain tapi saya cuba

“Moga awak pnjang umur dan jadi suami yang soleh 💕syang syurga saya ni,” tulisnya. 

Berlatarbelakangkan tema lagu Perfect yang diiringi biola, nyanyian Ed Sheren, Beby Tora memakai maskot beruang (teddy bear) dan membawa sebiji kek, lalu diberikan kepada suaminya itu.

Beby Tora kemudiannya membuka maskot tersebut , lalu Apit terkejut dengan kejutan yang diberikan isterinya itu. 

Menerusi ruangan komen, netizen turut gembira melihat kemesraan pasangan ini. 

Untuk rekod, pasangan ini diijabkabulkan pada 1 Mac lalu. 

 Foto/ Video : Instagram Beby Tora

IKLAN