Babak terakhir didalam episod terbaru drama, Risik Pada Hati yang ditayangkan semalam nyata meninggalkan kesan di hati para penonton.
Dalam episod tersebut, watak Adam yang dilakonan oleh Alif Satar akhirnya telah pun melafazkan cerai kepada isteri pertamanya, Hayla yang dibintangi Ummi Nazeera.
Babak tersebut nyata meraih pujian warganet yang sangat berpuas hati dengan kualiti lakonan yang ditunjukkan oleh barisan pelakon.
Selain netizen, antara yang turut sama memuji kualiti lakonan para pelakon termasuklah suami kepada Ummi Nazeera, Dr. Izzar Anwari.
Malah, Dr. Izzar juga sempat berseloroh mengenai lakonan isterinya itu.
Menurutnya, sebagai suami, dia sudah terbiasa melihat Ummi berpewatakan sedemikian.
“Padan muka kau Adam. Walaupun kau tak faham apa Hayfa rasa, at least kau merasa apa yang aku selalu dok kena,” tulisnya di Instagram.
Pada masa sama, bapa kepada dua orang cahaya mata ini turut memuji lakonan isterinya itu yang disifatkan wajar untuk mendapatkan pengiktirafan.
“Top notch acting by @umminazeera. Terbaik scene ni. Patut menang award.
“Memang dok repeat scene ni supaya Hayfa marah Adam banyak-banyak kali,” kongsinya lagi.
Ads
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur membaca perkongsian tersebut selain turut selain turut sama memuji lakonan Ummie Nazeera.
“Kapsyen tak pernah tak kelakar. Ada-ada je.
“Hahaha. Doktor pun pernah juga la kena marah macam Adam tu ye?
“Caption doktor win tapi lakonan Hayfa memang best semalam.
“Memang terbaik scene ni. Meremang tengok Ummi berlakon.
Ads
“Tak jadi nak sedih bila baca caption. Mesti Ummi garang dekat rumah,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Terdahulu, episod terakhir Risik Pada Hati bakal ditayangkan pada hari ini.
Selain Alif dan Ummi, drama ini turut dibintangi pelakon-pelakon hebat tempatan antaranya, Zara Zya, Izzue Islam dan Ifa Raziah.
Sekadar informasi, Dr. Izzar dan Ummi telah mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 23 Januari 2017 dan dikurniakan dua orang cahaya mata Ayra Aneesah dan Aysha Arsyla.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Dr. Izzar & Ummi Nazeera
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dangdut terkenal Mas Idayu memohon doa yang baik-baik susulan timbul khabar angin yang mendakwa dan pasangan yang juga Penerbit Eksekutif sebuah stesen televisyen, Sufian Isa bakal bernikah 16 September depan.
Mengharapkan agar segala perancangan berjalan dengan baik, bintang itu bagaimanapun akui bakal berkongsi mengenai perkara tersebut di dalam satu acara istimewa yang akan dilangsungkan pada 21 Ogos ini.
“Macam yang pernah saya kongsikan, soal persiapan ini tak boleh terburu-buru. Saya juga akan berkongsi mengenai berita gembira ini jika semuanya sudah siap.
“Untuk masa sekarang, alhamdulillah perkara dan bahagian penting sudah siap. Tinggal lagi beberapa perkara kecil seperti barang hantaran.
“Saya kalau boleh memang nak ikut cara orang dulu-dulu yang mana beli barang mengikut pilihan kita yang dirasakan sesuai dan kesukaan pasangan itu. Tidak mahu keluar bersama pergi cari barang, walaupun dia ajak saya.
“Jadi, kalau nak tahu apa yang saya suka dia akan bertanya kepada orang terdekat saya. Begitu juga sebaliknya,” katanya lagi.
Terdahulu pada April, Mas Idayu mendedahkan dirinya bakal berkahwin dengan Sufian Isa pada September depan, namun tarikhnya belum pun lagi dapat dikongsikan.
Menerusi pendedahan sama, Mas Idayu akui sudah saling mengenali Sufian sejak program Mentor 3 pada 2008 cuma baru menjalin hubungan serius sejak beberapa bulan lalu.
Kemudian, pada Mei lalu Mas Idayu sudah ‘diikat’ Sufian dalam majlis menghantar tanda, di rumah keluarga Mas Idayu di Kota Tinggi, Johor.
Usahawan yang popular namanya di corong radio, Najib Asaddok pernah digelar ‘bisnes air liur’. Bunyinya mungkin agak sinis, namun itulah realitinya apabila dia akhirnya berjaya membina empayar perniagaan dengan memberi perkhidmatan latihan secara dalam talian kepada golongan peniaga.
Najib, 39, atau nama sebenarnya Mohd Najib Asaddok baru-baru ini yang sedang membuat sesi ‘live’ dihujani dengan pertanyaan seorang pengguna laman sosial yang bertanyakan soalan berunsur provokasi iaitu; ‘apa bisnes Najib yang sudah berjaya sehingga dia layak mengajar orang lain mengenai ilmu pemasaran?’
Lalu, sesi itu mendapat komen beberapa pengguna laman sosial lainnya yang mempertikai kejayaan diraih hanya dengan ‘menjual air liur’ semata-mata.
Najib yang juga pengasas syarikat Momentum Internet Sdn Bhd sejak 2014 tak mahu ambil pusing segala komen yang dilontarkan.
“Ketika buat sesi siaran langsung itu, saya sedang membincangkan topik agak serius berkaitan isu peniaga yang mengalami kejatuhan dalam jualan. Tapi, apabila terdapat komen dan soalan sama berulang kali, ia lebih kepada provokasi dan berniat nak menjatuhkan kredibiliti.
“Saya juga orang biasa yang mempunyai emosi dan perasaan. Dalam masa sama, ramai lagi memberikan komen positif dan sokongan yang mana mereka berkongsi kisah kejayaan dalam perniagaan selepas mengikuti kelas saya.
“Bagi saya, ini lebih menggembirakan serta memberi semangat pada saya,” kata Najib yang sebenarnya mula berjinak-jinak dalam bidang perniagaan sejak di bangku sekolah.
Dia pada awalnya ingin mengubah nasib diri dan kehidupan keluarga.
“Pada usia 11 tahun ayah saya meninggal dunia. Ketika itu mak hanya pekerja kilang dengan pendapatan RM300 hingga RM500 sebulan. Malah, sejak kecil lagi saya bersama lima beradik lain tinggal dengan datuk. Dengan bantuan datuk juga, kami adik beradik cukup makan, pakai dan sekolah.
“Dari sekolah lagi saya sudah berniaga dengan terbabit sebagai ketua koperasi di sekolah menengah. Pada 2004 saya sudah mula membuat perniagaan jualan langsung yang mana ketika itu masih menuntut di sebuah universiti awam tempatan.
“Kemudian, pada 2006 hingga 2008 saya terbabit dengan perniagaan menjual produk kesihatan. Saya buat jualan di sekolah, buka ‘booth’, masuk ekspo dan beberapa pejabat kerajaan. Dalam masa sama, sepanjang tempoh itu juga saya mula menjadi pelatih dengan memberi latihan kepada orang yang mahu mula berniaga.
“Semua yang saya buat ini bukan semata mata minat, tapi terpaksa sebab saya berasal daripada keluarga susah,” katanya yang berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi termasuk menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Perniagaan dan Pengurusan (MBA) di Anglia Ruskin University kampus Kolej FTMS Cyberjaya (2018).
Malah, Najib kini sedang menuntut di peringkat Kedoktoran dalam bidang Pentadbiran Perniagaan (DBA) di Open University Malaysia (OUM).
Daripada seorang jurujual, Najib membuat anjakan dalam kerjayanya apabila menukar strategi dengan terbabit dalam perniagaan secara dalam talian pada 2009. Berbekalkan pendapatan mencecah RM30,000 hingga RM50,000 sebulan, Najib mula dihimpit rakan dan orang sekeliling bagi mendapatkan rahsia kejayaan itu.
“Semua kawan bertanya macam mana saya boleh jualan hingga mencecah angka itu. Dari situ saya buat bisnes ‘coaching’ atau latihan hingga sekarang. Kebanyakan orang faham apabila berniaga hanya secara ‘offline’. Apabila mereka mula menyedari perniagaan dalam talian, saya ajar mereka cara nak bermula termasuk penggunaan ayat yang sesuai untuk tarik minat pelanggan.
“Alhamdulillah, pada 2020 saya membuat satu kelas berskala besar yang dihadiri 5,500 individu yang terdiri daripada usahawan pelbagai industri dan latar belakang. Pengalaman yang ada sepanjang terbabit dalam perniagaan dalam talian saya kongsikan kepada mereka. Ini juga berkat hasil saya berguru dengan Datuk Wira Dr Azizan Osman,” katanya.
Najib juga apabila menerusi syarikatnya dia sudah berjaya membantu lebih 400,000 usahawan menerusi e-book, video, buku, kelas dalam talian dan ‘offline’ yang dibuat secara percuma.
Baru-baru ini juga, syarikatnya memperoleh sijil Sirim ISO 9001:2015 yang membuktikan hasil kerja keras kakitangan Momentum yang mengikut segala prosedur.
Najib juga dinobatkan Anugerah Orang Muda Johor oleh DYAM Tunku Mahkota Johor selain menerima Anugerah Kepimpinan dalam Pemasaran peringkat Antarabangsa di Dubai tahun ini.
“Alhamdulillah, saya sudah berjaya membelikan sebuah rumah buat mak dan ibu bapa mertua. Pada 2019, saya hantar mak menunaikan haji. Baru-baru ini pula, saya membawa membawa isteri dan kedua mentua menunaikan haji. Rezeki nak tolong keluarga, Allah permudahkan semuanya,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat akui kecewa dengan layanan sebuah klinik veterinar yang dikatakan enggan merawat kucing peliharaan suaminya yang juga merupakan pengacara, Nabil Mahir.
Tindakan tersebut telah menyebabkan kucing kesayangan Nabil itu tidak dapat diselamatkan.
Malah, Ayda juga turut mempersoal kredibiliti para petugas klinik tersebut yang didakwa lebih mementingkan waktu pulang daripada keselamatan haiwan yang sakit.
“Ceritanya begini. Seekor kucing Nabil dah mati dan satu lagi cedera. Tak tahu kenapa mungkin sebab bergaduh. Nabil bawa kucingnya yang cedera itu ke sebuah klinik.
“Hanya tengok dari luar sangkar, kemudian cakap klinik dah nak tutup. Cari klinik lain yang buka.
“Ini kes kecemasan kan? Kata klinik veterinar, bukan patut sayang haiwan ke? Kalau anda terima dan perik kucing tersebut, mungkin boleh diselamatkan,” tulisnya.
Situasi itu dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu Parah Parah itu menerusi sebuah hantaran di ruangan Instagram stories.
Jelas Ayda lagi, dia agak sedih bila melihat keadaan suaminya yang dikatakan tidak berhenti menangis gara-gara kematian kucing kesayangannya itu.
“Nabil menangis tanpa henti. Sekarang baru saya tahu perasaan bila haiwan kesayangan mati. Walaupun saya tak jaga, tapi saya saksi Nabil jaga 12 kucing jalanan dan sayang mereka sangat-sangat.
“Luang masa dengan mereka, layan kucing-kucingnya dengan baik, dan sayang mereka. Ia amat menyakitkan,” ujarnya lagi.
Katanya lagi, Nabil sememangnya berasa terpukul kerana dia amat menyayangi kucing-kucingnya yang diambil daripada jalanan itu.
“I tertanya-tanya jika kucing tersebut adalah bayi kita, bawa pergi klinik dan klinik tu cakap ‘maaf klinik nak tutup, bawalah pergi klinik lain’.
“Dan baby tak dapat diselamatkan. Hanya kerana kamu nak balik? Ya, Nabil rasa begitu. Sorry for you love Nabil. Selamat tinggal Scarlet dan Kate,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Ayda Jebat & Nabil Mahir
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Shaheizy Sam mengakui terkejut apabila menerima khabar mengenai keadaan kesihatan abang iparnya, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, dilaporkan semakin kritikal sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi.