“At First I Thought You’re Korean,” – Persis Jejaka Korea, Wajah Kacak Fahmi Yunus Buat Gadis Cair!

Share

Gara-gara wajah persis bintang Korea, Muhammad Fahmi Mohd Yunus yang lengkap berseragam tentera menjadi tular di laman Twitter selepas ia mendapat lebih 2,000 ulang kicau.

Ketampanan Fahmi yang lengkap memakai seragam sebagai kadet tentera udara di Maktab Tentera Diraja (RMC), Kanada menyebabkan para gadis tidak senang duduk dan masing-masing meninggalkan komen yang pelbagai.

Fahmi sebelum ini pernah tular selepas video kejutan buat ibu dan bapa sempena kepulangannya ke Malaysia tidak lama dulu.

Terkini, pemuda kacak itu memaklumkan dia masih mempunyai baki kira-kira 11 bulan sahaja lagi untuk menamatkan fasa latihan.

Foto : Twitter Fahmi Yunus

IKLAN