“Asyik Teringat Baby Nishka, Tanpa Fikir Panjang Saya Terus Datang,” – Mawar Karim Ke Kelantan, Lihat Sendiri Keadaan Bayi Hidap Kanser Otak

Share

Penderitaan yang dialami bayi perempuan berusia empat bulan, Kyfa Nishka Al-Kautsar Mohd Farham nyata mendapat perhatian ramai.

Bayi istimewa itu telah disahkan menghidap kanser otak (Medullablastoma) tahap empat ketika 21 hari selepas dilahirkan.

Difahamkan, Nishka disahkan menghidap penyakit berkenaan selepas keadaan kepalanya agak besar berbanding bayi seusianya dan perlu menjalani rawatan di Hospital Universiti Sains (HUSM), Kubang Kerian.

Ushawan yang juga bekas isteri kepada pelakon, Fizo Omar, ada membuat lawatan secara tidak dirancang seterusnya bertemu dan melihat sendiri keadaan terkini kanak-kanak tersebut.

“Unplanned trip to Kelantan. Ya Allah sembuhkan baby Nishka. Semoga ada sinar dalam hidup baby Nishka,tabah menghadapi dugaan n lawan segala sakit.

“Ya Allah baby Nishka sangat cute, strong girl.Rezeki sy dapat berjumpa baby Nishka. Sejujur nya sy tidak rancang untuk datang Kelantan hari ini asal nya next week tapi Alhamdulillah kita sebaik2 rancang Allah tentukan.

“Dah berapa hari asyik teringat baby Nishka. Tanpa fikir panjang sy terus datang melawat,” tulisnya.

Pada masa sama, ibu kepada seorang cahaya mata itu turut memaklumkan, setiap ujian yang diberikan olehNya adalah berbeza-beza.

Malah dia turut si ibu bayi berkenaan yang masih mampu menguntum senyuman.

“Setiap ujian di hadapi berbeza2. Cuba kita letakkan diri kita sebagai ibu baby Nishka. Ibu Nishka masih tersenyum walaupun masih simpan seribu suka duka.

“Sy sendiri tidak mampu melihat baby secomel ini menanggung derita kesakitan. Semoga baby Nishka sembuh, kembali ceria, macam baby lain.

“Insyaallah selagi kami boleh membantu kita usaha kan. (No acc Cimb 7002814262 Khairiah bt Kamarudin),” maklum Mawar sambil disusuli dengan tanda palang #pleaseshareforbabynishka dan #prayforbabynishka

Terdahulu, kisah penderitaan bayi Nishka viral di media sosial, selain turut mendapat perhatian golongan selebriti lainnya, termasuk Datuk Seri Siti Nurhaliza yang mengulang siar kisah bayi berkenaan.

Foto: Instagram Mawar Karim

IKLAN