Buat julung kalinya, peminat permainan sukan elektronik, Mobile Legend: Bang Bang (MLBB) dan peminat muzik tanah air disatukan dalam sebuah acara besar-besaran iaitu M6 Carnival yang bermula pada Jumaat di Tapak Parkir, KL Sport City, Bukit Jalil.
Karnival yang berlangsung meriah itu turut digamatkan lagi dengan acara Astro Showcase yang menampilkan persembahan hebat barisan artis popular tanah air seperti Naim Daniel, Wany Kayrie, Kaka Azraff, Hael Hussaini dan ramai lagi.
Acara ini juga diadakan bagi meraikan Malaysia selaku tuan rumah Kejohanan Dunia Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) atau MLBB M6 World Championship yang kini sedang berlangsung di Axiata Arena, Kuala Lumpur sejak 21 November lalu.
Bagi penyanyi Putera Muhammad yang turut membuat persembahan di Astro Showcase, dia memuji usaha Astro yang sentiasa memberikan sokongan dan sekaligus optimis dalam mengubah persepsi masyarakat tentang industri e-sukan.
“Astro banyak membantu untuk memberikan lebih banyak pendedahan tentang e-sukan kepada masyarakat.
“Bila mereka berkolaborasi bersama Mobile Legend, ia secara tidak langsung dapat membuka mata banyak pihak tentang sisi positif dunia permainan elektornik ini.
“Jika dahulu, yang tahu perkara ini hanyalah mereka yang bermain sahaja tapi kini masyarakat dan orang awam juga sudah ambil tahu.
Ads
“Kini, ramai yang tahu e-sukan ini bukan sekadar hobi tapi boleh juga mampu menjana pendapatan dan mengharumkan nama negara,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, penyanyi dan pelakon, Wani Kayrie pula mengajak orang ramai untuk sama-sama meriahkan booth Astro yang sarat aktiviti menarik sepanjang tiga hari acara berjalan.
“Saya mewakili artis Rocketfuel Entertainment hadir untuk memeriahkan booth Astro dan membuat persembahan di Astro Showcase.
“Anda yang datang ke booth Astro berpeluang untuk menyertai sesi ‘meet & greet’ dengan figura-figura hebat seperti pelakon, penyanyi dan pempengaruh media sosial.
Ads
“Datang sahaja dan anda boleh bergambar. Tak perlu bayar dan beratur. Acara ini sangat meriah bila kita melibatkan anak-anak muda yang minat e-sukan, permainan video dan anime di dalam satu karnival yang sama.
“Di sini juga kita ada pelbagai acara interaktif dan berpeluang memenangi hadiah,” katanya.
Sementara itu, penyanyi dan pelakon Naim Daniel pula berpandangan industri e-sukan di negara ini sudah semakin diterima baik oleh masyarakat terutamanya golongan ibu bapa.
“Saya melihat industri e-sukan ini sudah semakin mendapat sambutan baik daripada masyarakat.
Ads
“Mereka kini melihat bidang ini dapat membuahkan sesuatu yang postif dan membina semangat juang yang tinggi terutamanya buat golongan muda.
“Saya juga melihat para ibu bapa kini sudah semakin terbuka terhadap minat anak-anak mereka terhadap e-sukan.
“Bila anak-anak ini mendapat sokongan ibu bapa, ia akan menjadi pemangkin semangat buat mereka untuk melangkah jauh dalam bidang ini,” katanya.
Berbaki dua hari lagi, booth Astro bakal dimeriahkan dengan kehadiran barisan peserta program realiti Maskulin Who’s Your Bro.
Pada Ahad pula, pengunjung berpelung untuk beramah mesta dengan barisan pelakon popular tanah air seperti Isha Daniel, Idan Aedan, Syafi Tee, Haziq Deen dan ramai lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Kredit Foto: Instagram MPL MY
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Hakim di Brazil telah mengeluarkan arahan untuk menarik balik lagu “Million Years Ago” nyanyian bintang pop terkenal Britain, Adele, di seluruh dunia. Keputusan ini dibuat susulan dakwaan plagiat yang dikemukakan oleh seorang komposer Brazil, Toninho Geraes, terhadap lagu tersebut.
Arahan ini turut melibatkan denda sebanyak $8,000 bagi setiap ketidakpatuhan yang dikenakan kepada anak syarikat Sony dan Universal di Brazil, syarikat label yang menerbitkan lagu Adele. Walau bagaimanapun, kedua-dua label terbabit masih boleh merayu keputusan itu.
Keputusan ini dikeluarkan oleh Hakim Victor Torres di mahkamah komersial keenam Rio de Janeiro pada hari Jumaat lalu sementara menunggu perkembangan lanjut dalam kes yang sedang berjalan.
Dalam injuksi awal tersebut, hakim mengarahkan Sony dan Universal untuk menghentikan serta-merta penggunaan, penghasilan semula, penyuntingan, pengedaran, atau pengkomersialan lagu “Million Years Ago” dalam apa jua bentuk.
Ini termasuklah media fizikal atau digital, platform penstriman dan platform perkongsian di seluruh dunia.
Fredimio Trotta, peguam kepada Toninho Geraes, menyifatkan keputusan ini sebagai pencapaian penting bagi muzik Brazil. Menurutnya, muzik Brazil sering kali menjadi inspirasi dan kadangkala ditiru untuk menghasilkan lagu-lagu antarabangsa popular.
Trotta turut menegaskan bahawa pihaknya akan memastikan keputusan mahkamah ini disampaikan kepada penyiar radio, televisyen, dan perkhidmatan penstriman global agar pematuhan segera dilaksanakan.
Komposer Brazil, Toninho Geraes, mendakwa bahawa muzik dalam lagu “Million Years Ago” yang diterbitkan pada tahun 2015 oleh Adele mempunyai persamaan dengan lagu samba klasiknya, “Mulheres” (Wanita).
Lagu “Mulheres” telah dirakam oleh penyanyi terkenal Brazil, Martinho da Vila, dalam album hit pada tahun 1995.
Geraes menuntut bayaran royalti yang sepatutnya, ganti rugi moral berjumlah $160,000, serta pengiktirafan rasmi sebagai penulis bersama lagu Adele tersebut.
Sony Brazil menyatakan bahawa mereka tidak mempunyai sebarang kenyataan buat masa ini berhubung isu tersebut. Sementara itu, Universal Music Brazil juga belum memberikan sebarang komen rasmi.
Astro, jenama hiburan terkemuka di Malaysia, tampil dengan kejutan hebat untuk semua pelanggan setianya melalui kempen terbaharu, ‘Astro’s Big Thank You’!
Sebagai tanda penghargaan, Astro menawarkan pelbagai ganjaran menarik termasuk sehingga 17 saluran tambahan, naik taraf Ultra dan Ulti box, serta tontonan filem Astro First secara percuma.
Dan yang paling best, semuanya diberikan secara percuma tanpa kos tambahan! 😍
Menurut Ketua Jualan & Pemasaran Astro, Tai Kam Leong, kempen ini adalah cara Astro untuk menghargai sokongan pelanggan selama ini.
”Pelanggan adalah nadi utama kepada segala yang kami lakukan. Kami mahu meraikan mereka dengan pengalaman hiburan yang lebih istimewa dan bermakna,” katanya.
Hiburan Premium untuk Semua
Ganjaran dalam kempen ini bukan biasa-biasa! Bayangkan, anda dapat:
✅ Sehingga 17 Saluran Tambahan – Daripada drama dan filem blockbuster hingga kandungan kanak-kanak yang menyeronokkan.
✅Naik Taraf Ultra & Ulti Box – Rasai pengalaman strim yang lebih lancar dan moden.
✅Tonton Percuma Filem Astro First – Nikmati filem pecah panggung tanpa perlu keluar rumah.
Untuk mengakses tawaran ini, hanya perlu muat turun aplikasi My Astro dan log masuk untuk menyemak kelayakan anda. Mudah, kan?
Cuti Sekolah Jadi Lebih Seronok dengan Home of Kids
Buat ibu bapa yang mencari hiburan untuk si kecil semasa cuti sekolah, Astro ada kejutan lagi! Bermula 1 hingga 31 Disember 2024, saluran khas ‘Home of Kids’ (Saluran 100) akan menampilkan kandungan menarik daripada Astro Ceria, Nickelodeon, Nick Jr., dan banyak lagi. Anak-anak pasti terhibur!
Nak lebih fun? Jangan lupa singgah ke program Home of Kids di IOI Convention Centre, Putrajaya pada 26 hingga 29 Disember. Siap ada aktiviti interaktif dan kandungan eksklusif untuk seisi keluarga.
Tawaran Hebat untuk Semua
Astro juga memperkenalkan JUALAN JIMAT BESAR untuk mereka yang nak langgan pek baharu. Dengan hanya RM41.99/sebulan, anda sudah boleh menikmati hiburan terbaik Astro! Kalau nak lebih power, tambah Astro Fibre 500Mbps dengan Pek Primary pada harga hanya RM149.99/sebulan (RRP: RM239.99).
Jadi, apa tunggu lagi? Daftar sekarang untuk merasai pengalaman hiburan terbaik dari Astro! Untuk maklumat lanjut, boleh log masuk di My Astro app, layari astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838.
Dengan pelbagai ganjaran hebat ini, jelas Astro serius dalam menghargai pelanggannya. Jadi, pastikan anda tidak ketinggalan untuk menikmati semua keistimewaan ini! 😍
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pemilik nama penuh, Nurul Hana Che Mahazan atau lebih dikenali sebagai Nana Mahazan yang juga merupakan bekas peserta program realiti nyanyian Akademi Fantasia (AF) musim pertama mengakui terpaksa melanggar janji untuk kembali ke arena seni suara.
Meski setelah lebih dua dekad beliau meninggalkan dunia seni dan hiburan tanah air, jelas Nana tujuan dia berbuat demikian, adalah demi menghasilkan lagu yang mampu menjadi penyuntik semangat untuk para wanita di Malaysia.
“21 tahun lalu, saya telah berjanji dengan diri sendiri untuk tidak menyanyi lagi. Saya pun sedar diri yang nyayian saya tidak berapa sedap.
“Namun, saya mencari kekuatan untuk menghasilkan sebuah karya lagu yang telah dilancarkan pada sambutan Hari Wanita, terdahulu.
“Ia merupakan sebuah lagu motivasi dan bukan menyasarkan ke AJL. Saya hanya mahu berkongsi semangat jatuh bangun sepanjang bergelar anak seni.
“Saya tahu ramai pengikut saya di media sosial sangat sukakan konten-konten positif yang selalu saya hasilkan. Jadi, karya ini merupakan hadiah buat mereka. Semoga ia turut menjadi asbab kepada kebaikkan,” katanya.
Katanya lagi, semangat untuk kembali menyanyi hadir selepas mendapat dorongan daripada suami, Mohamed Raqeem Brian Abdullah dan mentornya, Datuk Jerry.
“Saya sebenarnya telah disuruh oleh mentor saya iaitu Datuk Jerry. Saya banyak belajar daripada beliau. Katanya ini bukan fasal suara tetapi perkongsian perjalanan hidup.
“Suami pun sokong walaupun ketika itu saya masih berbelah bahagi. Saya tahu ia akan mengundang banyak kecaman daripada netizen.
“Malah, ketika ini juga, ramai yang memuat naik semula video-video lama saya ketika menyanyi. Namun, disebabkan saya ada matlamat yang baik, saya teruskan juga,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, Nana turut mengakui bahawa agak sukar bagi dirinya untuk membiasakan diri kembali mengadakan sesi rakaman di studio untuk memenuhi tuntutan berkenaan pada ketika itu.
“Saya tidak berapa suka dengan proses rakaman. Bila masuk ke studio dan kita mula memakai headphone, saya rasa tekanannya agak tinggi. Mungkin sebab itu saya tak suka jadi penyanyi.
“Namun, produser pula mengatakan tidak mengapa jika nyanyian tidak sempurna kerana ia merupakan karya yang lahir dari hati. Mungkin lama lagi kalau saya nak menyanyi balik pun,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Nana akui teruja dengan respon positif daripada netizen yang rata-ratanya rindu untuk melihat Nana kembali menyanyi.
“Bila kita lancarkan pada 8 Mac lalu, penerimaan orang sangat positif. Tiada pun yang berikan komen negatif. Mungkin mereka rindu nak dengar nyanyian saya.
“Ada yang kata saya boleh menyangi tapi kena lagu yang sesuai. Mungkin masyarakat dapat merasai apa yang ingin saya sampaikan,” akhirinya.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Media Hiburan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Penyanyi Mell Sakura mengakui hatinya tersentak apabila kemunculan semulanya di Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) disifatkan oleh segelintir pihak sebagai sesuatu yang menjijikkan.