
Dalam dunia yang mementingkan imej, kebenaran selalunyamenjadi mangsa pertama. Namun, bagi barisan pelakon Impiana: Karma, mereka memilih untuk menanggalkan topeng tersebut, walaupun hanya untuk seketika.
TikTok baru-baru ini digemparkan dengan sebuah fragmen video yang memaparkan sisi paling rentan (vulnerable) barisan bintang drama hit ini.
Tidak hairanlah video tersebut pantas tular; dalam era kepura-puraan media sosial, kejujuran adalah komoditi paling mewah yang dicari oleh peminat.
The Confession: Antara Watak dan Realiti
Video digital istimewa bertajuk “Confession Cam” yang kinirancak di laman sosial Astro dan sooka, bukan sekadar bahan promosi biasa. Ia adalah satu bentuk psychological deep-dive.

Kita melihat nama-nama besar seperti Fasha Sandha, Mimi Monirah, dan Amir meluahkan ‘kisah hitam’ yang sangat relatable dengan naratif gelap siri drama yang sedang hangat ditayangkan.
Melalui lensa kamera, para pelakon ini dihujani soalan-soalantajam yang mencabar prinsip. Namun, apa yang menarik perhatian adalah ketenangan mereka.

Terdapat satu bentuk keanggunan dalam cara mereka menjawab seolah-olah mereka sudah berdamai dengan kegelapan watak masing-masing.
Pendedahan penuh ini boleh disaksikan di saluran YouTube Astro Malaysia sebagai “aperitíf” buat penonton setia drama ini.
Sebuah Potret Kehancuran: Ilusi, Obsesi, dan Karma
Impiana: Karma adalah sebuah karya yang membedah anatomiobsesi. Ia membawa penonton ke dalam sebuah dewan cermin penuh ilusi, di mana sebuah keluarga yang kelihatan sempurna dari luar sebenarnya sedang mereput di dalam.

Kisah ini menelusuri tiga jiwa yang terperangkap antara ego yang melangit dan tekanan hidup yang menghancurkan.

Apabila rahsia mula memboloskan diri dari almari simpanan, mereka terjatuh ke dalam pusaran karma yang tidak mengenal simpati.
Ia adalah peringatan buat kita semua: dalam mengejar kesempurnaan, sering kali kita kehilangan jiwa.

Saksikan rangkaian drama pilihan yang menggabungkan kisahlokal dan antarabangsa melalui Astro One, semuanya dengan hanya RM49.99 sebulan. Strim sehingga 4 peranti.
Tidak sempat di rumah? Teruskan menonton di aplikasi sooka, di mana sahaja anda berada, muat turun dan strim secara percuma.
Langgan sekarang dan nikmati pengalaman hiburan tanpa batas!
Siri Impiana: Karma bersiaran pada setiap Rabu dan Khamis, 9 malam di saluran Astro Ria (104), Astro One & sooka.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!




