
Pada era serba moden ini, mencari platform hiburan menyeluruh yang mampu memenuhi cita rasa setiap ahli keluarga bukanlah sesuatu yang mudah.
Ini kerana, ada di antara ahli keluarga yang menggemari drama tempatan, segelintir lebih memilih filem Hollywood, si kecil pula tidak pernah jemu dengan siri animasi, manakala peminat sukan pastinya tidak mahu ketinggalan menyaksikan kejohanan kegemaran.
Justeru, memiliki satu platform yang menawarkan pelbagai kandungan menerusi satu langganan kini menjadi satu keperluan.
Memahami keperluan tersebut, Astro memperkenalkan Astro X3, penyelesaian hiburan serba lengkap yang direka untuk gaya hidup moden dengan pengalaman penstriman yang lebih mudah, fleksibel dan tanpa memerlukan peranti Astro atau pemasangan.
Kini, menikmati hiburan bersama Astro menjadi lebih mudah dan pantas menerusi Astro X3. Tanpa memerlukan peranti Astro atau pemasangan di rumah, proses pendaftaran juga jauh lebih cepat dan mudah.
Selepas melanggan perkhidmatan ini, pengguna hanya perlu memuat turun aplikasi Astro di Smart TV atau Astro GO di telefon pintar untuk terus mula menonton kandungan kegemaran.
Malah, anda juga tidak perlu bersusah payah unjtuk menyusun jadual untuk menantikan kunjungan juruteknik bagi tujuan pemasangan.
Astro X3 menghimpunkan pelbagai kandungan untuk semua peringkat usia.
Bagi peminat drama tempatan, anda boleh menyaksikan siri-siri hebat seperti Ikatan Terlarang dan Good Boys Go To Heaven, selain rancangan hiburan popular seperti Talk To My Manager musim kedua dan Big Stage Rocketfuel.
Si kecil pula boleh menikmati kandungan animasi seperti Didi & Friends Dream Jobs, Paw Patrol dan Cocomelon.
Manakala bagi penggemar filem antarabangsa, pilihan seperti Love Phobia, Fast X, See dan Puss In Boots: The Last Wish turut tersedia, di samping liputan sukan termasuk BWF, Premier League, MotoGP dan tenis.
Dengan ciri On-Demand, pengguna boleh menonton semula kandungan pilihan mengikut keselesaan sendiri.
Fungsi pause, rewind dan skip turut disediakan, sekali gus memberikan kebebasan untuk menikmati hiburan tanpa terikat dengan jadual siaran.
Astro X3 menawarkan pengalaman hiburan yang lebih fleksibel selain membolehkan pengguna menstrim kandungan kegemaran menerusi Smart TV, telefon pintar, tablet atau komputer riba.
Lebih menarik, pengguna boleh menikmati penstriman pada dua skrin secara serentak merentas peranti yang serasi bagi membolehkan setiap ahli keluarga menonton rancangan pilihan masing-masing pada masa yang sama, tanpa perlu berebut skrin.
Pengguna juga boleh menambah aplikasi penstriman popular seperti Disney+, iQIYI, Prime Video dan beIN SPORTS CONNECT dan banyak lagi memalui Astro X3.
Tambahkan sahaja apps pilihan anda ke dalam bil Astro dan nikmati apps kegemaran di satu tempat, dengan satu bil yang lebih mudah diurus.
Nikmati hiburan dengan lebih mudah bersama Astro X3 baharu. Tanpa box, tanpa pemasangan. Hanya langgan dan strim serta-merta daripada RM39.99 sebulan.
Layari astro.com.my atau kunjungi mana-mana premis Astro untuk maklumat lanjut.