Saingan Premier League (PL) musim 2025/2026 bakal membuka tirai hujung minggu ini dengan perlawanan tumpuan ‘Super Sunday’ antara dua gergasi, Manchester United dan Arsenal.
Skuad bimbingan Ruben Amorim kini berada dalam misi menebus maruah selepas menamatkan kempen musim lalu di tangga ke-15, suatu pencapaian yang dianggap mimpi buruk buat penyokong mereka.
Sementara itu, Arsenal pula berdepan tekanan tinggi untuk memenuhi harapan penyokong yang sudah lama menantikan kejuaraan liga.
Dengan kehadiran pemain baharu, kedua-dua pasukan dijangka tampil dengan strategi mantap untuk memastikan aksi pembukaan dimulakan dengan langkah kanan.
Ads
Watch Party Bersama Lagenda PL, Nicklas Bendtner
Sebagai penyiar rasmi PL di Malaysia, Astro bakal mengadakan tayangan langsung pertembungan Manchester United dan Arsenal pada 17 Ogos ini, bermula jam 8 malam di Ground Floor, Strand Mall, Kota Damansara.
Selain tayangan di skrin gergasi, program ‘Super Sunday Live’ akan bersiaran secara langsung dikendalikan pengacara Adam Carruthers, bersama dua pundit terkenal, Gary Stevens dan Carlton Palmer, yang akan membincangkan fakta, ulasan dan perincian taktikal perlawanan.
Ads
Astro turut membuat kejutan dengan mengundang bekas penyerang Arsenal, Nicklas Bendtner, sebagai bintang jemputan.
Ads
Para pengunjung berpeluang menyertai sesi beramah mesra dan cabutan bertuah, di samping menikmati persembahan daripada artis popular tanah air, Nadeera Zaini dan SonaOne.
Penyokong dijemput hadir untuk merasai debaran ‘Super Sunday’ ini. Masuk adalah percuma.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Wow! Barisan selebriti popular bakal menyerikan acara Hello Inilah Kita: Sehati Bersama yang dijangka bakal menghangatkan suasana ibu kota.
Bertempat di Pavilion Kuala Lumpur pada 23 dan 24 Ogos ini bermula jam 5 petang, acara ini bukan sekadar sambutan Hari Kemerdekaan, tetapi turut menjadi manifestasi gaya hidup, seni serta semangat perpaduan yang merentasi sempadan budaya.
Dengan tema Sehati Bersama, acara ini turut menghimpunkan selebriti ternama seperti Meerqeen, Nas-T, Glenn Yong, Noryn Aziz dan Alpha.
Niki Palikat, Arabella, Arena Wan, Uriah, C Kumaresan & Kritigah, Lokyi serta Ali dijangka akan bersama-sama memeriah acara.
Setiap barisan artis ini hadir dengan pesona tersendiri yang mencerminkan kepelbagaian unik, sekali gus mengangkat Astro sebagai “Home Of Drama”.
Pentas utama Pavilion KL bakal bertukar wajah menjadi kanvas seni menerusi sebuah ‘runway’ yang menyatukan fesyen dan semangat Merdeka.
Persembahan eksklusif, sesi interaksi bersama peminat serta pelbagai aktiviti interaktif dijangka memeriahkan acara ini, menjadikannya titik pertemuan seni, hiburan dan masyarakat.
Kempen Inilah KITA yang konsisten dianjurkan setiap tahun kini kembali dengan tema Sehati Bersama sebagai simbol solidariti dalam kepelbagaian.
Ia menekankan nilai kebersamaan yang menjadi teras kepada keharmonian masyarakat Malaysia, walau berbeza latar budaya, bahasa mahupun kepercayaan, rakyat tetap bersatu dalam semangat yang sama.
Para pengunjung turut digalakkan hadir dengan busana tradisional seperti kebaya atau Baju Kebangsaan sebagai satu penghormatan kepada warisan budaya yang menyatukan kita semua.
Acara ini bukan sekadar hiburan, tetapi sebuah pernyataan jelas bahawa Inilah Kita… suara rakyat Malaysia yang bangga dengan identiti dan perpaduan!
Pelakon Anzalna meluahkan rasa syukur apabila kerap terjaga pada waktu malam bagi menunaikan solat Tahajjud tanpa bantuan jam loceng.
Menyifatkan apa yang berlaku sebagai bukan kebetulan, Anzalna atau nama sebenarnya, Nur Anzalna Md Nasir, 37, menganggap itu adalah tanda Allah mahu mendekatkan dirinya dengan ibadah.
“Aku jauh daripada sempurna. Namun entah bagaimana, Allah tetap membangunkan aku untuk Tahajjud tanpa bantuan jam loceng dan itu bukanlah suatu kebetulan.
“Itu adalah Allah yang membangunkan aku, menjemputku untuk berbicara dengan-Nya. Hati ini terasa penuh dengan kesyukuran. Aku mula sedar bahawa itu kerana Dia mahu ‘bertemu’ dengan hamba-Nya,” kongsinya.
Perkara itu dikongsikan finalis Dewi Remaja 2009/2010 tersebut menerusi aplikasi sosial, Threads pada Selasa.
Malah, ibu kepada dua cahaya mata ini merasakan peluang yang hadir sebagai tanda Allah ingin bertemu dengan hamba-Nya.
“Walaupun penuh dengan kekurangan, Dia masih sudi menjemputku ke hadirat-Nya pada waktu malam yang paling sunyi.
“Sungguh, itu adalah rahmat dan cinta yang luar biasa daripada Yang Maha Pengasih,” luahnya lagi.
Hantaran berkenaan turut menarik perhatian warganet apabila ada yang berkongsi pengalaman masing-masing selain turut mendoakan yang terbaik buat Anzalna serta keluarganya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Anugerah Industri Muzik Ke-24 (AIM24) telah mengumumkan senarai lima finalis bagi 26 kategori yang dipertandingkan. Lebih mengujakan, pemenang bagi 11 kategori bakal menerima ganjaran lumayan berjumlah RM700,000 menerusi peruntukan Dana Kandungan Kreatif (DKK) daripada Kementerian Komunikasi melalui MyCreative Ventures (MyCV).
Pengerusi RIM merangkap Jawatankuasa Penganjur AIM24, Encik Rosmin Hashim berkata, seramai 130 finalis telah terpilih bagi 26 kategori anugerah yang membariskan senarai Top 5.
“Pemilihan semua 5 finalis ini telah dibuat oleh sejumlah juri profesional yang bersidang baru-baru ini dan keseluruhan permarkahan juri telah diaudit oleh firma pengauditan bertauliah, Mazars.
“Proses penjurian pula diurus tadbir oleh badan bebas iaitu Macomm Management Services Sdn. Bhd.
“Barisan juri yang dilantik telah menjalankan tanggungjawab mereka dengan penuh amanah, dedikasi dan telus.
“Hasilnya, kita telah memperoleh senarai lima terbaik bagi 26 kategori AIM24 seperti mana pengumuman pada hari ini.
“Saya cukup teruja melihat senarai lima finalis ini kerana ia merangkumi bakat-bakat baru yang sedang menyinar selain artis-artis ternama yang telah lama menempatkan diri dalam industri muzik tempatan.
“Dengan dana sumbangan Kementerian Komunikasi melalui dana MyCV pula, 11 pemenang AIM24 kelak tentunya akan mampu menghasilkan lebih banyak kandungan muzik berkualiti tinggi untuk pasaran tempatan mahupun luar negara.
“Pemenang kategori ‘Album Terbaik’ akan menerima dana sebanyak RM200,000.
Manakala kategori ‘Artis Baru Terbaik’, ‘Lagu Etnik Terbaik’, ‘Lagu Nasyid Terbaik’, ‘Lagu Tradisional Terbaik’, ‘Lagu Perpaduan Terbaik’, ‘Lagu Inggeris Tempatan Terbaik’, ‘Lagu Cina Tempatan Terbaik’, ‘Lagu India Tempatan Terbaik’, ‘Lagu Terbaik’ dan ‘Video Muzik Terbaik’ akan menerima dana berjumlah RM50,000 setiap satu,” katanya.
Sebelum ini, RIM menerima 682 pencalonan berdasarkan karya muzik yang diterbitkan antara 1 Julai 2022 hingga 31 Disember 2024.
Penjurian fasa pertama AIM24 untuk kategori ‘Rakaman Lagu Terbaik’ dan ‘Rakaman Album Terbaik’ berlangsung di Timeless Studio pada 14 dan 15 Julai 2025, disusuli kategori lain di Hotel Majestic, Kuala Lumpur pada 21 hingga 23 Julai 2025. Penjurian kategori ‘Lagu Terbaik’ pula diadakan di Timeless Studio pada 29 Julai 2025.
Panel juri terdiri daripada pengamal industri muzik tempatan berkelayakan dan berpengalaman luas, diketuai Pengarah Muzik tersohor, Datuk Mokhzani Ismail selaku Ketua Juri.
Malam kemuncak AIM24 akan diadakan di Arena of Stars, Genting Highlands, Pahang pada Sabtu, 13 September 2025, jam 9 malam. Acara karpet merah bermula jam 8 malam dan disiarkan secara langsung oleh RTM menerusi TV2 dan RTM Klik.
Secara keseluruhan, AIM24 mempertandingkan 30 kategori termasuk empat kategori baharu iaitu ‘Lagu Tradisional Terbaik’, ‘Lagu Perpaduan Terbaik’, ‘Kolaborasi Artis Tempatan Bersama Artis/Komposer Luar Negara Terbaik’ serta ‘Kugiran Terbaik’.
Enam kategori akan diumumkan pada Majlis Pra-Anugerah, 12 September 2025, iaitu ‘Kulit Single/Album Terbaik’, ‘Rakaman Album Terbaik’, ‘Rakaman Lagu Terbaik’, ‘Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu’, ‘Lagu Paling Tinggi Distrim’ serta ‘Video Muzik Rasmi Paling Tinggi Ditonton di YouTube’.
Sebagai rekod, AIM mula dianjurkan di Malaysia pada 1993 yang menyaksikan “Dekat Padamu” (Ning Baizura) dinobatkan sebagai ‘Album Terbaik’ manakala “Satu” (Tan Sri SM Salim & Datuk Zainalabidin) memenangi ‘Lagu Terbaik’.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas membuat kemunculan dalam filem Malaikat Malam, pengarah dan penerbit, Datuk Yusof Haslam merancang untuk menghasilkan sebuah filem khas buat pelakon, Que Haidar.