“Assalamualaikum Isteriku,” – 4 Tahun Berahsia, Pelakon Harris Annuar & Asha Merican Selamat Diijabkabul

Share

Tahniah diucapkan buat pelakon, Harris Annuar yang telah pun selamat diijab kabul bersama wanita pilihannya yang juga pelakon Asha Merican.

Harris yang juga pemenang tempat ketiga Hero Remaja 2017 itu berkongsi berita gembira tersebut menerusi sekeping foto yang dikongsikan bersama isteri tersayang di Instagram, hari ini.

“After 4 years of silent relationship, Assalamualaikum isteriku @ashamerican,” tulisnya ringkas pada ruangan kapsyen.

Sebelum diijabkabul, pasangan sama cantik sama padan ini turut berkongsi sekeping foto dengan masing-masing mengenakan persalinan kasual putih.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

IKLAN