“Assalamualaikum, Daniel Bin Hasnor Rozaini,” – Mateen Dah Jadi Abang… Ameera Zaini Dedah Nama Bayi Lelaki, Sedapnya Nama!

Share

Tahniah diucapkan buat personaliti televisyen, Ameera Zaini yang telah pun selamat melahirkan anak keduanya pada 8 Mei lalu.

Berita gembira itu turut dikongsikan suri hati Hasnor Rozaini itu menerusi satu entri di Instagram sebelum ini.

Dalam hantaran tersebut sama, Ameera turut berkongsi perkembangan terkini bayinya yang kini berusia hampir dua minggu itu.

“#BismillahiMashaAllah. Assalamualaikum, Daniel Bin Hasnor Rozaini,” tulisnya sambil disusuli dengan tanda palang #DanielAnakSoleh.

Sambil mendedahkan nama permata hati keduanya itu, posting berkenaan menerima reaksi baik peminat termasuk rakan selebriti yang masing-masing memberikan reaksi terhadap perkongsian berkenaan.

Ameera dan suami, Hasnor Rozaini telah mendirikan rumah tangga pada 18 September 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Mateen.

Foto: Instagram Ameera Zaini

IKLAN