“Assalammualaikum… Nama dia Zara Zya,” – Shuib Kongsi Foto Berdua

Share

Foto yang dirakam berdua di antara Shuib dan pelakon Zara Zya pantas mencuri perhatian netizen.

Menerusi Instagram, Shuib dan Zara masing-masing memuat naik foto bersama hari ini dengan disusuli kapsyen ringkas.

“Assalammualaikum… Nama dia @zarazya,” tulis Shuib

Terima kasih untuk hari ini @shuibsepahtu,” tulis Zara

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan reaksi yang baik dan mengharapkan segala apa kerjasama yang dilakukan mereka dipermudahkan.

Bagaimanapun baik Shuib dan Zara Zya, masing-masing belum memberikan butiran lanjut mengenai pertemuan berkenaan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

 

IKLAN