Pelakon, Fizo Omar menzahirkan rasa syukur selepas memaklumkan isterinya telah selamat melahirkan cahaya sulung mereka awal pagi tadi.
Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh Fizo atau nama sebenarnya, Wan Hafizol Wan Omar menerusi entri terkini di laman Instagram.
Menurut Fizo, isteri serta bayi perempuannya itu kini berada dalam keadaan yang sangat baik meskipun dilahirkan dua minggu lebih awal daripada tarikh yang dijadualkan.
“Alhamdulillah, another beautiful gift from Allah. Isteri saya selamat melahirkan seorang bayi perempuan dua minggu lebih awal dari EDD (estimated delivery date).
“Ibunya selamat dan bayi juga comel. Setinggi penghargaan buat Andorra Hospital untuk layanan yang sangat baik. Kami sangat berpuas hati dengan layanan staf yang mesra,” tulisnya.
Dalam pada itu, pelakon filem Romeo Kota ini juga turut merakamkan ucapan penghargaannya buat para doktor dan petugas hospital kerana telah memberikan layanan yang baik buat isteri serta anaknya.
“Petugas-petugas kesihatan di bilik bedah juga sangat-sangat membantu untuk memenuhi permintaan kami terutama buay ibu dan baby.
“Terima kasih kepada pihak doktor kerana sentiada ada bersama kami daripada mengandung sampailah memudahkan urusan bersalin.
“Terima kasih diatas doa dari semua. Okaylah daddy nak on duty,” ujarnya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira selain turut menitipkan ucapan tahniah buat Fizo dan isteri.
Fizo dan isterinya, Fazeera Nazri berkahwin pada Oktober tahun lalu selepas lebih setahun berkenalan.
Fizo pernah berkahwin dengan usahawan, Mawar Karim pada November 2013 namun bercerai pada 10 Julai 2019.
Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang anak perempuan Wan Maryam.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Fizo Omar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Mengakui betapa pentingnya dalam menimba ilmu keusahawanan selain kagum melihat lakaran sukses para usawahan berjaya di bawah bimbingan mentor usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman, penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza bersetuju menjadi ‘Titanium Premier-Partner (PP)’ RichWorks International Sdn. Bhd (RichWorks).
Menurut Azizan yang juga Pengasas RichWorks, keputusan tersebut dibuat dalam
rangka transformasi serta kembangkan jenama SimplySiti sebagai bisnes yang lebih mapan.
Katanya lagi, Siti sebagai pengasas SimplySiti dilihat berpotensi besar pergi lebih jauh sekiranya menerima bimbingan secara lebih dekat di samping bantuan mendigitalisasikan strategi pemasaran dan meningkatkan pasaran jenama itu bukan sahaja di Malaysia malah Indonesia dan negara Timur Tengah.
Sementara itu, Siti ketika ditemui tidak menafikan perkara itu sekaligus terbuka dan bersedia untuk menerima bimbingan dari mereka yang berpengalaman.
“Saya perlukan bimbingan dan bantuan Dr Azizan. Memandangkan sebelum ini lebih terdedah kepada dunia hiburan, itu saya punya ‘makanan’. Akan tetapi menerusi lapangan bisnes, saya akui masih ada ilmu yang terkurang. Sebab itulah bimbingan dari mereka yang berpengalaman juga penting.
“Meski sebelum ini saya ada mendapat tunjuk ajar dari kalangan staf yang profesional, tapi perlu untuk tahu lebih lagi. Bagaimana untuk menjadi ‘leader’ yang bagus, lebih baik.
“Alhamdulillah, meski untuk kali pertama ini saya tidak mampu untuk memenuhi kelas selama lima hari, namun selama dua hari saya bersama rakan usahawan lain menjadi masa terbaik untuk belajar.
“Betapa pentingnya kolaborasi. Jadi saya mewakili pihak CTDK Holding memerlukan kerjasama dengan RichWorks untuk satu perancangan yang lebih baik. Saya percaya Insya-Allah misi kita sama. Doakan moga matlmat ini tercapai,” katanya.
Penyanyi Anta Permana ini berkat demikian ketika ditemui sejurus sesi Program Permentoran Bisnes yang diadakan di The Datai Langkawi, Teluk Datai, pada Selasa.
Tambahnya lagi, dia tidak meletakkan diri sebagai selebriti sepanjang kursus, sebaliknya cuba belajar bersama rakan usahawan lain demi mencapai objektif yang diperlukan.
“Selepas saya bersekolah, berkahwin dan ada anak, kiranya sekarang saya kembali ‘belajar’. Bila adanya sesi sebegini rasa seronok, sebab saya kini pelajar, tak fikir diri ini penyanyi atau selebriti. Saya sama-sama dengan yang lain meletakkan diri sebagai pelajar. Sama-sama buat ‘assgiment’ dan berkongsi ilmu.
“Pada masa sama, saya cuba untuk perbaiki diri. Saya ada banyak tanggungan di bawah (staff dan ejen). Mereka pun insan yang perlu dapat pendidikan bisnes juga. Sebab itulah saya cuba dapatkan ilmu itu dan seterusnya berkongsi pada mereka.
“Boleh dikatakan inilah ‘universiti’ untuk semua usahawan, bukan untuk saya sahaja. Nak jadi ‘real’ sebagai usahawan perlu ada praktikal. Bukan senang dan kena ada skil berbeza. Itulah pentingnya kena belajar,” katanya lagi.
Dr Azizan menerusi satu kenyataan optimis melihat potensi yang boleh dibawa jenama yang diasaskan bintang terkenal itu.
“RichWorks juga melihat sokongan tambahan sebagai rakan niaga strategik di bawah anak
syarikat kami, mampu membantu Tokti I(Siti) melonjakkan bisnes SimplySiti lebih jauh lagi dengan kepakaran dalam perundingan strategi pemasaran dan jenama.
“Sebagaimana kami membantu membina jenama seperti Sabella, Eskayvie, Hasnuri, Anggun Collection, Noir dan banvak lagi. SimplySiti berpotensi lebih lagi kerana a diasaskan oleh seseorang yang mempunyai kekuatan jenama besar seperti beliau.
“Terima kasih kepada Tokti dan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa sebagai Pengerusi SimplySiti atas keyakinan kepada saya dan RichWorks berdasarkan keupayaan
kami mentranformasi bisnes malah bangs usahawan sendiri sejak 14 tahun lalu.
Pada majlis sama, RichWorks diwakili Ketua Pegawai Operasinya, Suley Nordyana Yahya manakala Siti mewakili SimplySiti menandatangani persetujuan usahasama rakan niaga dan penerimaan rasmi dibimbing sebagai Titanium Premier – Partner sambil disaksikan Dr Azizan.
Sementara itu pengasas Sabella, Siti Fatimah Abd Samad dan Mohd Sufian Sulaiman yang berjaya transformasi bisnes dari rumah hingga kini dah pun capai jualan lebih RM100 juta turut diterima sebagai ahli sama.
Hadir sama termasuklah Pengerusi Eksekutif RichWorks, Datuk Zafrol Rizal Mat, Ketua Pegawal Eksekutif Simply Siti, Aazief Khalid bersama lebih 60 usahawan jutawan ahli Titanium Premier.
Yayasan Pesona yang diwakili Datuk Aznil Nawawi turut menerima watikah perlantikan daripada Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd sebagai rakan latihan bagi Pesona Leadership untuk usahawan jutawan di bawah bimbingan RichWorks.
‘Titanium Premier’ merupakan tahap permentoran eksklusif tertinggi di RichWorks, di mana ia hanva menerima usahawan jutawan yang komited membawa perniagaan mereka ke tahap jualan ratusan juta ringgit.
Mereka terdiri daripada pemimpin dalam industri masing-masing malah dikenalpasti berpotensi untuk ke tahap lebih tinggi disamping meluaskan pasaran.
Tambah Dr Azizan, Siti kini mempunyai akses secara langsung serta sesi bimbingan
bersamanya bagi mencapai sasaran SimplySiti yang lebih besar ke arah jualan ratusan juta
ringgit setahun.
“Insya-Allah, RichWorks sebagai syarikat perundingan strategi pemasaran dan bisnes sejak 2008 hingga kini terbukti dalam transformasi bangs usahawan untuk melangkah lebih jauh sesuai dengan tagline, ‘Di Sini Lahirnya Usahawan Jutawan’.
“Melalui komuniti Titanium Premier, Tokti juga akan berada dalam rangkaian usahawan
jutawan kami yang positif, bahkan betul-beful komited dan serius untuk mengembangkan
lagi bisnes.” jelasnya lagi
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Terkait kontroversi menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki berstatus suami orang, pelakon Alya Iman pernah teruk dikecam netizen dua tahun lalu.
Terbaharu, pelakon berusia 21 tahun itu mengakui dia kini sudah kembali solo selepas putus cinta dengan duda anak dua, Ridhwan Rosli.
Mengulas mengenai perpisahannya dengan Ridhwan, Alya berkata mereka masih lagi berkawan baik biarpun hubungan yang dijalin sudah terputus di tengah jalan.
“Buat masa sekarang ini, ya… saya single dan saya tak ada kena mengena dengan Ridhwan lagi. Tapi kami masih kekal bersahabat baik.
“Tapi saya ‘not available’ ya… bukan sebab dah ada someone baharu tapi saya nak fokus karier seni dan tak ada pun rasa nak ada hubungan cinta.
“Saya dan Ridhwan berpisah sejak bulan puasa. Bagi saya, hubungan kami masih bersahabat… dan kalau ada jodoh, tak ke mana,” katanya kepada MH.
Alya ditemui pada majlis tayangan filem 7 Minggu Sebelum Kahwin yang berlangsung di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur pada Selasa.
Walaupun kisah mengenai kontroversi bercinta dengan suami orang sudah lama berlalu namun Alya tidak menafikan sehingga ke saat ini, masih ramai lagi orang di luar sana yang mengecamnya dengan pelbagai gelaran kurang enak seperti perempuan pisau cukur dan perampas.
Memahami asam garam bergelar anak seni, Alya yang juga merupakan anak bongsu kepada Allahyarham pelakon Azmil Mustapha berkata dia menerima apa sahaja kecaman yang diberikan terhadapnya dengan hati terbuka.
“Sampai ke hari ini, orang masih cakap buruk tentang diri saya. Masih ada yang panggil saya dengan macam-macam gelaran.
“Tapi saya tak ada kuasa untuk menghalang orang cakap apa-apa tentang saya.
“Secara asasnya, sebagai selebriti saya kena terima apa saja netizen nak cakap.
“Saya terima dengan hati terbuka. Saya selalu cakap pada diri, benda dah jadi… setiap apa yang jadi, ada hikmah. Apa saja orang nak cakap fasal saya, Insya-Allah saya terima,” katanya lagi.
Sementara itu, Alya kini tampil dengan filem pertama lakonannya, 7 Minggu Sebelum Kahwin yang diterbitkan KRU Studios dan Bloombordia.
Filem tersebut turut menampilkan Nora Danish, MK K-Clique, Sham Visa, Yassin Yahya dan Vanessa Reynauld.
Filem arahan Eyra Rahman ini akan ditayangkan di saluran Astro First bermula 7 Julai depan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Alya Iman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...