Ashraf Muslim Positif COVID-19

Share

Menerusi ruang Instagram miliknya, pelakon Ashraf Muslim mengesahkan dia positif jangkitan Covid-19.

Jelasnya, tiada kata dapat digambarkan apabila menerima keputusan pada 12 April lalu, namun dia reda dengan ketentuan Allah SWT.

Pelakon ini turut memohon maaf kepada keluarga dan semua sahabat dan meminta mendoakan yang terbaik untuknya.

“Assalamualaikum…Tanggal 12hb April 2020 menjadi jawapan bagi AM ttg keputusan Sample covid19. Yer.. saya dijangkiti virus Covid19.

“Sewaktu itu walaupun sebak didada bila mendapat tahu jawapan tapi saya redha dgn pilihan Allah, ada hikmah disebaliknya. Dtg perasaan nervous dan mcm2 perasaan timbul bila masuk dalam ambulance.. (itu yg sampai berpeluh2 tu).

“Maafkan saya ahli keluargaku, sahabat2 dan rakan-rakanku. Dan please tolong doakan yg baik utk saya dan pesakit-pesakit disini dan juga kita semua, semoga Allah jauhkn wabak ini dan tidak berterusan lagi serta sihatkan kita semua.

“Di sini juga saya memohon maaf kepada rakan-rakan wartawan yg cuba menghubungi saya sebelum ini, harap faham dgn situasi saya sekarang ni. Tak lupa juga pada frontliners doktor2, MA, nurse2 dan mereka yg terlibat , terima kasih u all are our hero.

“And to mama, ibu , sarah, adam, anas dan safiyyah doakan ayah sungguh-sungguh supaya clear dr covid ni cepat yer.. supaya kita dapat jumpa ramai-ramai. Ayah rindu sangat.

“Tapi jangan risau yer ayah ok kat sini sihat dan bole solat dan baca quran mcm biasa. Sama-sama kita berperasangka baik pada Allah.. hanya DIA yg berikan penyakit dan dari DIA jua yg memberikan kita kesembuhan.. Allahualam.
Assalamualaikum wbt,” kongsinya yang menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh.

Difahamkan, Ashraf antara barisan pelakon yang menjayakan penggambaran di Scotland sebelum ini.

Kumpulan produksi itu berlepas ke Scotland pada 9 Mac lalu, sebelum kes penularan COVID-19 ketara dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) belum dikuat kuasa.

Sebelum ini, lapan tenaga kerja pasukan produksi termasuk pengarah, Rahila Ali dan pelakon, Puteri Aishah dan Puteri Rayyana Rayqa disahkan positif COVID-19.

Foto : Instagram Ashraf Muslim

IKLAN