Setelah berhempas pulas dan bersaing dengan peserta-pesera hebat selama 12 minggu, akhirnya penyanyi, Jaclyn Victor dinobatkan selaku juara All Stars Gegar Vaganza (ASGV).
Cemerlang menerusi tiga tugasan iaitu solo, duet dan battle, Jaclyn berjaya mengetepikan tujuh peserta lain sekaligus membolot hadiah utama berjumlah RM200,000.
Juara juga menerima percutian ke Switzerland, hadiah penginapan, dekorasi rumah dan trofi emas.
Ads
Persembahan konsistennya turut mendapat komen positif juri yang dibarisi Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat sementara Ella pula sebagai juri undangan.
Manakala, kesemua finalis masing-masing membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000, pekej percutian beserta trofi.
Ads
Sementar itu, Naqiu pula diumumkan selaku pemenang Anugerah Pilihan Bos Susu dan menerima hadiah RM10,000
ASGV yang dihoskan oleh gandingan pengacara Nabil Ahmad dan Jihan Muse telah berlansung dengan gilang gemilang di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Ahad.
Ads
Konsert akhir ini juga turut diserikan lagi dengan pesembahan daripada penyanyi lagenda, Ella, Hael Hussaini serta pasangan pelakon popular Amir Ahnaf dan Anna Jobling
ASGV merupakan program istimewa yang diadakan bersempena genap 10 penganjuran program realiti popular, Gegar Vaganza.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon yang kini aktif berniaga nasi ayam tidak dapat menahan sebak apabila tidak menyangka jualannya akan ‘licin’ lebih awal sekaligus tidak mampu memenuhi semua permintaan para pelanggan.
Faye atau nama sebenarnya, Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi menerusi video yang dikongsikan di Instagram juga berkali-kali memohon maaf kepada pembeli yang beratur tetapi terpaksa pulang dengan tangan kosong.
“Assalamualaikum semua, saya rasa sedih hari ini sebab jualan saya habis awal lagi. Jadi saya nak minta maaf pada yang datang tapi tak sempat. Yang teks tapi saya tak sempat nak balas.
“Saya minta maaf sangat-sangat kalau ada yang kecewa. Lain kali saya buat lebih banyak untuk semua orang,” katanya.
Menerusi video sama, Faye antara lain menjelaskan tangisannya bukan untuk menagih simpati, namun rasa serba salah susulan memikirkan perasaan pelanggan.
“Saya (menangis) bukan untuk minta belas kasihan tetapi saya tak boleh nak jelaskan kepada semua. Jadi saya lakukan sesi ‘live’ ini, siapa yang tonton… tontonlah.
“Saya minta maaf ya, yang tak sempat… ada seorang pakcik sampai dua kali dah dia datang, namun tak sempat juga. Saya minta maaf sangat, saya kecewakan orang,” katanya lagi.
Sehingga kini, video berkenaan sudah pun ditonton lebih 100,000 di platform Instagram Faye.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Suasana di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil gamat saat penyanyi, Nikki Palikat mempersembahkan lagu Tragedi Buah Apel di pentas akhir All Star Gegar Vaganza (ASGV).
Rata-rata peminat memberikan tepukan gemuruh selepas Nikki mempamerkan persembahan yang penuh bertenaga.
Perkara tersebut turut diakui oleh juri jemputan ASGV, Ellla.
Jelas Ella, persembahan Nikki sangat menarik sehingga membuatkan dirinya turut sama ingin menari.
“Tahniah kerana berjaya ke final. Persembahan kamu buat saya tak boleh duduk diam. Saya rasa nak menari. Persembahan yang sangat bertenaga,” katanya.
Jelas Ella lagi, Nikki sememangnya sudah pun bergelar juara di hati para peminatnya.
“Saya rasa satu Axiata ini dapat merasakan persembahan kamu. Apapun keputusan juri, kamu sudah menjadi juara di hati peminat,” ujarnya lagi.
Pada malam ini, Nikki juga bakal beduet dengan Datuk Zainalabidin menerusi lagu Ikhlas Tapi Jauh.
Manakala di pusingan battle pula, Nikki bakal berentap bersama Azharina, Hadi Mirza dan Naqiu menerusi lagu Sorry, Sorry.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyampai radio dan hos, Aishah Sinclair turut tumpang gembira selepas kakak iparnya yang juga penyanyi popular, Bunga Citra Lestari akhirnya bertemu seorang suami yang mampu mencintai dan menjaganya dengan baik.
Menurut Aishah yang juga merupakan adik kepada Allahyaham Ashraf Sinclair, dia terharu kerana suami Bunga boleh menerima kehadiran keluarganya yang sudah pun menjadi sebahagian daripada kehidupan Bunga selama ini.
“Doa saya untuk kakak kesayangan saya adalah bahawa satu hari nanti, dia akan menemukan cinta dan kebahagiaannya kembali.
“Saya sentiasa berdoa agar dia bukan sahaja menemui pasangan yang menjadi peneman dan penyokong kepada Bunga, bapa yang mengambil berat tentang Noah tetapi juga boleh menerima kami sebagai sebahagian daripada kehidupan Bunga.
“Dan Tiko adalah orangnya,” tulisnya.
Luahan itu dikongsikan oleh penyampai radio Mix FM itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Malah, Aishah turut menyifatkan Tiko sebagai seorang lelaki yang budiman dan mampu mengisi kekosongan di hati Bunga dan anaknya, Noah selepas pemergian Ashraf Sinclair.
“Ketika pertama kali kita bertemu, dia sudah pun menunjukkan bahawa dia sememangnya seorang yang hebat. Saya sangat gembira dengan kehadiran Tiko di dalam keluarga kami.
“Terima kasih kerana bukan sahaja menyayangi Bunga dan Noah seutuhnya tapi juga menyayangi kami seluruh keluarga Sinclair juga,” ujarnya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut tumpang gembira selain turut mendoakan semoga pertalian kekeluargaan itu berkekalan hingga ke akhir hayat.
“Patutlah arwah Ashraf mempunyai akhlak yang baik dan dipuji. Semuanya dari didikan ibu dan ayah yang baik. Kelurga Sinclair sememangnya punyai jiwa yang sangat besar.
“Secara peribadi, keluarga Sinclair memang luar biasa. Bahagianya BCL kerana mempunyai mentua dan adik ipar yang begitu mencintai dan menyayanginya dengan tulus.
“MasyaAllah. Punyai keluarga mentua seperti keluarga Sinclair, betapa bahagianya BCL.
“Luar biasa keluarga Asyrah ini. Semoga mereka selalu dalam lindungan Allah SWT,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Terdahulu, Bunga dan suaminya, Tiko Aryawardhana telah selamat melangsungkan majlis pernikahan di sebuah villa mewah di Bali pada Sabtu.
Turut dilihat berada di majlis berkenaan termasuklah kedua ibu bapa Allahyarham Asyraf, Aishah, Adam Sinclair dan Yuna.
Sekadar informasi, Bunga dan Allahyarham Asyraf telah mendirikan rumah tangga pada 2008 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Noah yang kini berusia 12 tahun.
Bagaimanapun, Allahyarham Asyraf telah meninggal dunia pada 18 Februari 2020 akibat serangan jantung.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Aishah Sinclair
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Shiha Zikir sekali lagi memeriahkan sambutan Aidilfitri tahun ini apabila tampil dengan lagu raya terbaharu berjudul Memori Raya.
Lagu tersebut merupakan hasil kolaborasi antara...