“Asalkan Cik B Kurus & Putih Ye,” – Minta DSV Belikan Jeep Mercedes Mewah, Respon Sticker Whatsapp Cik B Bikin Ramai ‘Ternganga’

Share

Instafamous yang juga merupakan anak kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Vida iaitu Cik B ada membuat satu permintaan terhadap ibunya itu.

Menerusi satu perbualan Whatsapp yang dikongsikan di laman Twitter, Cik B atau nama sebenarnya, Nur Edlynn Zamilleen meminta ibunya itu untuk memberikan 

sebuah kenderaan ‘Sport Utility Vehicles’ (SUV) keluaran Mercedes.

Perkara tersebut nyata disambut baik oleh ibunya itu tetapi dengan satu syarat.

“Cik B, nak kereta ni? Tahu kereta pa?

“Model apa nama? Mama beli untuk Cik B nak?

“Asal Cik B kurus & putih ye,” kata DSV.

Lalu, perkara tersebut dimuat naik oleh Cik B di laman Twitter untuk bertanya pendapat netizen bagaimana cara terbaik baginya untuk menguruskan badan

“Camna nak kurus badan? soalnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat perbualan anak beranak tersebut selain turut mencadang beberapa cara yang boleh lalukan Cik B untuk menguruskan berat badannya itu.

Terdahulu, Cik B dikhabarkan bakal membuat kemunculan istimewa dalam muzik video terbaru penyanyi, Kucaimars yang berjudul Mudah Bagimu.

Sumber: Twitter Cik B

IKLAN