“Arwah Sangat Merendah Diri, Baik & Sopan Tutur Bahasanya,”- Tok Ti Imbau Momen Dengan Allahyarham Nassier Wahab

Share

Industri dunia hiburan dikejutkan dengan berita kematian penyanyi, Dato’ Nassier Wahab yang telah meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur, pada jam 12.45 tengah malam tadi.

Menerusi akaun Instagram milik penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza atau sinonim dengan panggilan Tok Ti, penghibur itu meluahkan rasa sedih atas kehilangan penyanyi yang terkenal dengan lagu Memori Cinta Luka itu.

Menerusi Instagram, Tok Ti turut mengimbau kembali kenangan ketika bersama dengan arwah.

“Gambar ini saya rakamkan pada tanggal 25 April 2017. Antara kenangan terakhir saya bertemu arwah.

“Arwah seorang yang sangat merendah diri, baik& sopan tutur bahasanya.

“Semoga arwah di tempatkan bersama sama insan soleh di sana, amin.

“Ya Allah. Engkau berilah keampunan baginya, dan limpahkan rahmat kepadanya, dan selamatkan dia dan dan maafkan kesalahannya.

“Engkau muliakan kedudukannya, dan luaskan tempat tinggalnya, dan sucikan dia dgn air, salji dan air yang sejuk. Engkau bersihkannya daripada kekotoran dosa sebagaimana dibersihkan pakaian yang putih dari segala kekotoran.

“Dan gantikan rumahnya dgn rumah yang lebih baik dan pasangan yang lebih baik. Masukkan dia ke dalam syurga dan lindungilah dia daripada azab kubur dan ujiannya serta jauhkan dia dari azab neraka,” tulisnya panjang lebar.

MH ingin mengucapkan salam takziah kepada keluarga arwah Nassier Wahab.

Selain Tok Ti, ramai lagi golongan selebriti yang turut sedekahkan Al-Fatihah serta dedikasi buat permata seni yang telah pergi buat selamanya.

Foto: Instagram Siti Nurhaliza

IKLAN