“Arwah Left Such A Huge Impact & Contribution To The Country,” – Prof Diraja Ungku Abdul Aziz Meninggal Dunia, Neelofa Titip Rasa

Share

Pelakon, pengacara dan usahawan, Neelofa menyifatkan pemergian Allahyarham Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid merupakan kehilangan yang besar bagi negara.

Menerusi hantaran di laman Twitter, Neelofa mendedahkan dia turut berduka cita sebaik sahaja mengetahui mengenai perkhabaran tersebut.

Katanya lagi, jasa Allahyarham memberi impak yang tinggi terutamanya dalam bidang ekonomi dan pendidikan.

“Innalillahiwainnailaihirojiun. Saddened to hear the passing of Royal Professor Ungku Abdul Aziz. Arwah left such a huge impact & contributed so much to the country in the fields of education and economics.

“May Allah SWT bless his soul and grant him a place in Jannah. InshAllah,” tulisnya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa sedih selain turut menitipkan doa semoga Allahyarham ditempatkan dikalangan orang beriman.

Terdahulu, Allahyarham Ungku Aziz telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Price Court pada Selasa akibat sakit tua.

Jenazahnya pula telah selamat dikebumikan di Tahan Perkuburan Islam Bukit Kiara pada hari yang sama.

Sumber: Twitter Neelofa

IKLAN