“Arwah Abah Memang Kelakar, Turun Ke Anak,” – Video Arwah Bapa, Ramai Kata Tonasi Suara Sama Macam Achey

Share

Pelawak dan pelakon, Achey ada mengimbau kenangan bersama pengikut di laman media sosial Instagram miliknya dengan memuat naik satu rakaman video memaparkan sedutan temubual bersama arwah bapanya Hamzah Salam.

Menerusi rancangan Sembang Pacak yang pernah disiarkan di saluran Astro Prima sebelum ini, bapanya antara lain bercerita menceritakan mengenai Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah ketika di bangku sekolah.

“Arwah abah memang klako… turun ke anak …..Al fatihah abah!!,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen ruangan kapsyen video yang meraih lebih 60,000 tontonan itu.

Lantas, perkongsian pelawak berusia 34 tahun itu turut menjadi perhatian peminat, apabila rata-rata berpendapat ton suara Achey seakan-akan sama dengan suara arwah bapanya.

Sekadar informasi, arwah bapa Achey telah menghembuskan nafas yang terakhir di Hospital Segamat, Johor pada 19 Mac lalu.

Allahyarham berdepan dengan masalah kesihatan selepas mengalami cedera parah akibat kemalangan jalan raya pada Oktober 2016.

Foto: Instagram Achey

IKLAN