Artis Kpop, Santesh Antara Bintang Buru Gelaran, Ini Senarai Penuh Peserta Big Stage2019

Share

Memasuki musim kedua, program Big Stage yang sebelum ini menobatkan Sarah Suhairi sebagai juara musim pertama mengetengahkan kelainan demi suatu persaingan sihat tahun ini.

Mengekalkan identiti sebagai platform terbaik barisan artis muda dalam mengetengahkan bakat nyanyian, Big Stage musim kedua menampilkan peserta dari luar negara khusus bagi memberi saingan sihat buat bintang remaja tempatan.

Buat julung kalinya, pentas Big Stage 2019 dibuka kepada penyertaan artis-artis dari negara luar seperti Brunei, Indonesia, Thailand dan Korea Selatan bagi menembusi tembok antarabangsa untuk penganjuran musim terbaru.

Nah, ini 12 barisan peserta Big Stage musim kedua yang bakal memberi saingan tahun ini!

Adzrin

Chaleeda Gilbert

Aziz Harun 

Dinda Permata

Jang Han-Byul

Fieya Julia

Neeta Manisha

Kucaimars

Sheryl Shazwanie

Irfan Haris

Syada Amzah

Santesh

Sementara itu, Datuk Seri Siti Nurhaliza kekal sebagai juri tetap bersama dua juri dari luar iaitu bintang terkenal Indonesia, Cakra Khan dan Judika.

Foto: Instagram Selebriti

IKLAN