“Artis Juga Mampu Didik Anak Ke Menara Gading,“- Air Mata Gembira! Jasmin Hamid Bangga Anak Raih Result Cemerlang SPM

Share

Pelakon Jasmin Hamid meluahkan rasa syukurnya apabila anak sulungnya, Ian Haziq Ian Rashid cemerlang dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), baru-baru ini.

Jasmid juga ada berkongsi beberapa sepotong video bersama anaknya di Instagram.

“Syukur alhamdulillah.. Saya pakai spek tu bukan apa uols.. Nak tutup mata yang dah berair sebab menangis happy dapat lihat kejayaan Big Boss dalam keputusan SPM…
Allah makbulkan doa saya untuk melihat kejayaan Big Boss dalam SPM..

“ARTIS juga mampu mendidik anak ke MENARA GADING kerana ramai yang beranggapan kerja sebagai ARTIS, pasti pelajaran anak-anak akan terabai dan tidak di berikan perhatian..

“Actually ramai je sahabat-sahabat ARTIS saya yang berjaya mendidik anak-anak mereka ke MENARA GADING. Pepatah tu dah patut di kuburkan. Dan nak jadi ARTIS pun sebenarnya, harus pandai dalam akademik juga,” tulisnya. 

“Dan makin ramai ARTIS sekarang yang BERJAYA dengan CEMERLANG dalam bidang akademik.. Bidang seni bukan TEMPAT PEMBUANGAN SAMPAH seperti pemikiran ORANG DULU-DULU. 
ANAK GAGAL PERIKSA, CAMPAK JADI ARTIS! 

“Orang panggil ARTIS otak udang sebab tak pandai akademik..


Tapi itu dulu uols, sekarang masyarakat dah tukar cara pemikiran yang lebih POSITIVE! .

“JANGAN TIPU LA kalau sebagai Ibubapa tak happy bila anaknya mencapai kejayaan dalam pelajaran.. Siang malam kerja cari rezeki untuk sekolahkan anak-anak.. Pelajaran pun untuk masa depan diaorang juga.. Tapi ini hanya langkah permulaan sahaja.. Ilmu harus di cari hingga ke liang lahat.

“TAHNIAH PADA YANG LULUS,APATAH LAGI YANG CEMERLANG! 
Tentunya anak-anak semua dah usaha yang terbaik ,betul kan? .

“Pada anak-anak yang tak berjaya tu, teruskan usaha untuk mulakan hidup seterusnya.. saya NASIHATKAN kepada Ibubapa, jangan terlalu menekan anak-anak walaupun saya faham, dalam hati tu pasti ada tersimpan perasaan kecewa.. Takut nanti anak-anak DEPRESS dan khuatir akan jadi hal-hal yang tak di ingini.. Minta lindung dengan Allah perkara -perkara buruk terjadi,” akhiri Jasmin.

Dalam pada itu, Jasmin juga ada berkongsi gambar bersama Ian dengan keputusan cemerlang itu.

Apa-apa pun, tahniah buat pelajar yang telah memperoleh kejayaan dengan jayanya!

Video/Foto: IG Jasmin Hamid

IKLAN