Uncategorized

“Artis Bukan Badut…,” – Jawab Syura Bila Single Baru Dikata ‘ Lagu Bodoh’

Share

Penyanyi, Syura meluahkan rasa terkilan apabila lagunya Ego berdepan dengan kritikan netizen.

Menerusi laman Instagramnya, Syura memohon agar pihak-pihak terlibat, berhenti menghinanya.

“Saya seorang yang boleh menerima teguran, tapi jangan menghina lagu Ego saya dengan menggelarkannya sebagai lagu bodoh.

 

“Tak suka, saya tak ada masalah! Tapi jangan hina. Artis bukan badut, kami manusia biasa juga macam anda semua.

 

“Yang sentiasa mencuba utk mencari rezeki dalam industri. Terima kasih atas hinaan,” tulisnya.

Dalam pada itu, Syura juga ada memuat naik entri menunjukkan dia sudah berputus asa.

“Im giving up,” tulisnya.

Susulan itu, kelihatan para peminat memberikan kata-kata sokongan kepada penyanyi itu.

Syura yang juga merupakan bekas peserta Gegar Vaganza musim keempat tampil dengan lagu single bertajuk Ego, Julai lalu.

Malah dia turut bertindak sebagai komposer dan juga penulis lirik untuk single berkenaan.

Foto/Instagram: Syura Badron

IKLAN