Categories: Uncategorized

“Artis Bangang Buat Challenge Bodoh,”- Dikritik Kerana Buat Falling Star Challlenge, Ifa Raziah Balas Respon Padu!

Share

Falling Star Challenge merupakan trend bergambar terkini yang popular dikalangan pengguna media sosial

Trend tersebut ternyata telah menjadi ikutan ramai termasuklah pelakon dan penyanyi Ifa Raziah.

Terdahulu, gambar tersebut telah dimuat naik oleh Ifa menerusi laman Instagram miliknya.

“Penghibur sensasi negara Ifa Raziah telah tercampak keluar dari kenderaan BMW 5 SERIES + M SPORT EDITION miliknya semasa memandu untuk ‘delivery’ produk Solid Molid kepada pelanggannya.

“Mangsa dikatakan cuba mengelak daripada lembu-lembu gila yang berkeliaran disekitar parkir kereta. Mangsa juga dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan dan masih lagi mampu melibaskan rambut kepuk-kepuknya itu sambil berdiri untuk mengangkut kesemua barang-barang yang bertaburan diatas lantai lalu meluncur laju keluar dari perkarangan rumah persis Toretto dalam filem Fast & Furious,” tulisnya

Bagaimanapun, gambar tersebut telah dikritik segelintir pihak yang menyifatkan Ifa sebagai mentaliti kelas bawahan.

Tidak berdiam diri, ini respon balas pelakon yang baru sahaja menyambut hari kelahirannya yang ke-43 pada September lepas.

“Aku lagi kesian tengok kau tak tau isu semasa, apa yang viral ketika ni. Mana kau nak sorok maruah kau tu konon acah-acah bagus sangat. Aku tak perlu publisiti murahan sebab aku memang top 5 sensasi,” balasnya.

Dalam pada itu, terdapat juga peminat yang tampil mempertahankan Ifa dengan menganggap penyanyi tersebut sebagai kreatif.

 

Foto: Instagram Ifa Raziah

IKLAN