“Arryan Sibuk Hafal Surah Al-Quran, Mulut Comel Hafal Sambil Main Lego,” – Joy Revfa Sejuk Hati Dengan Gelagat Anak

Share

Usahawan kosmetik, Joy Revfa ada berkongsi rutin terkini anaknya, Arryan Firdaus menerusi Instagram.

Kongsinya, anaknya yang kini berusia lima tahin itu kini sedang giat menghafal ayat-ayat suci al-Quran setiap kali pulang dari sekolah.

“Setiap hari sebelum pegi school, arryan akan peluk & cium 2 bidadari hidup arryan iaitu Ibu & Tok.

“Arryan sibuk hafal surah al quran skrg.. setiap kali balik school, mulut dia yg comel tu akan menghafal sambil main lego.. Sejuk hati ibu bila dengar,” tulisnya.

Arryan merupakan anak kepada Joy menerusi perkahwinan terdahulu sebelum mendirikan rumah tangga dengan penyanyi dan komposer, Hafiz Hamidun pada 1 Mei 2017.

Bagaimanapun, mereka telah disahkan bercerai talak satu pada 25 Oktober 2017.

Foto: Instagram Joy Revfa

IKLAN