Setelah terpaksa bermalam selama 2 hari di Penjara Sungai Buloh selepas tiada ahli keluarga atau rakan tampil membayar ikat jamin suami Ziana Zain, Armin Zaharin Ahmad Zambri akhirnya bebas dari tahanan.

Dia diikat jamin oleh adiknya sebanyak RM5,000 petang semalam. MH difahamkan bahawa adik Armin hadir ke Mahkamah Majistret Shah Alam bagi menyelesaikan ikat jamin berkenaan.

Sebelum ini, Armin ditahan atas dakwaan sengaja menggunakan rotan hingga menyebabkan kecederaan ke atas anaknya.

Armin ditangkap pada 2 Mac lalu selepas isterinya, Ziana Zain membuat laporan polis pada 27 Februari lalu.

IKLAN

Armin Akhirnya Bebas Daripada Tahanan, Diikat Jamin Oleh Adik Sendiri

Dalam sebutan semula kes Khamis lalu, Armin mengekalkan pengakuan tidak bersalah dan meminta dibicarakan selepas tuduhan pindaan kes tersebut dibacakan kepadanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Megat Mahathir Megat Tharih Afendi meminda pertuduhan iaitu Seksyen 324 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan.

IKLAN

Di bawah Seksyen 326A, Armin, 53, boleh dikenakan dua kali ganda tempoh maksimum atas sabitan kesalahan dibawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Bagi Seksyen 324, jika sabit kesalahan, berdepan dengan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan.

IKLAN

Ziana atau Siti Roziana yang popular dengan lagu Madah Berhelah dan Putus Terpaksa bernikah dengan Armin pada 9 Mei 1998.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata, Muhammad Aiman, 18, dan Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9.

sumber: Mstar Online

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI