Ads

Arjun Rampal Umum Perpisahan Dengan Isteri, Tapi Dah Ada Pengganti?

Baru-baru ini, pelakon Bollywood, Arjun Rampal mengumumkan perpisahannya dengan isteri, Mehr Jesia yang juga merupakan bekas ratu cantik India.

Media Bollywood melaporkan bahawa perpisahan tersebut merupakan keputusan bersama setelah berbincang.

Arjun Rampal Umum Perpisahan Dengan Isteri, Tapi Dah Ada Pengganti?

Ads

“Setelah hampir 20 tahun berkahwin saya ingin mengesahkan bahawa perkahwinan kami sampai di sini sahaja.

“Hubungan kami akan kekal baik demi kebaikan anak-anak, walaupun tidak lagi bergelar suami isteri.

“Kami rasa sekarang merupakan masa yang sesuai untuk kami membawa haluan masing-masing dengan mencari kehidupan sendiri selepas ini,”katanya.

Hasil perkahwinan selama 20 tahun, Arjun dan Mehr Jesia dikurniakan dua anak perempuan iaitu Myra, 16, dan Mahikaa, 13.

Sementara itu, Arjun dikatakan sudah menemui teman pengganti kepada bekas isterinya itu. Menurut Times Of India, pelakon tersebut sering kali dilihat bersama dengan model dan penari, Natasha Stankovic.

Ads

Arjun Rampal Umum Perpisahan Dengan Isteri, Tapi Dah Ada Pengganti?

Ads

“Arjun dan Natasha mula rapat semasa berkerja bersama dalam ‘Daddy’ dan terus ‘keep in touch’ sesama sendiri,” kata sumber.

Selain Natasha, terdapat juga khabar angin mengatakan punca perpisahan Arjun dan Mehr kerana Suzanne Khan.

Sumber: Times Of India

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Saya Adalah Saya, Rock Sampai Bila-Bila,” – Rahmat Ekamatra Reda Tersingkir...

Penyanyi legenda, Rahmat Ekamatra menyifatkan penglibatannya dalam program Gegar Vaganza 12 (GV12) sebagai satu pengalaman bermakna yang membuka lembaran baharu dalam perjalanan kerjayanya sebagai anak seni.
error: Hello. Cannot.